awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obama mengakui potensi besar kenderaan pandu sendiri

Agensi
Agensi
20/09/2016
02:53 MYT
Obama mengakui potensi besar kenderaan pandu sendiri
Obama juga menekankan bahawa penulisan beliau di dalam artikel tersebut bahawa kerajaan berperanan dalam memastikan keselamatan sebagai tunggak utama. - Gambar Fail
Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama memberikan sokongan padu kepada kenderaan pandu sendiri yang terbukti selamat dan mampu membawa transformasi, ujar beliau dalam sebuah catatan yang diterbitkan pada Isnin.
“Pada masa sekarang, terlalu ramai yang terkorban di atas jalan raya – 35,200 orang pada tahun lepas sahaja – 94 peratus daripadanya adalah kesilapan manusia atau pilihan sendiri,” tulis Obama dalam The Pittsburgh Post-Gazette.
Tambah beliau, kereta pandu sendiri mempunyai potensi untuk menyelamatkan ribuan nyawa setiap tahun.
"Sekarang ini, bagi kebanyakan warga emas dan rakyat kurang upaya, memandu bukanlah satu pilihan. Kenderaan automatik mampu mengubah hidup mereka,” jelas beliau.
Sokongan Obama terhadap kemajuan teknologi itu adalah seiring rangka kerja pengaturan baharu AS bagi permulaan yang cukup pesat dalam teknologi kenderaan pandu sendiri, beberapa hari selepas Uber mengumumkan teksi tanpa pemandu untuk pertama kalinya.
Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat Anthony Foxx berkata bahawa kerajaan persekutuan akan menetapkan standard keselamatan untuk kereta-kereta pada masa hadapan yang tiada campur tangan manusia dalam pemanduan, walaupun mereka masih mengendalikan kenderaan sendiri.
Mengumumkan 15-poin keselamatan untuk sistem kenderaan tanpa pemandu, Foxx menekankan bahawa kerajaan mahu bekerjasama bersama pemaju-pemaju termasuk syarikat-syarikat besar seperti Uber dan Alphabet (Google).
Obama juga menekankan bahawa pihak pemerintah berperanan dalam meletakkan isu keselamatan sebagai keutamaan.
“Sekiranya kenderaan pandu sendiri tidak selamat, kami mempunyai kuasa untuk menarik balik penggunaannya. Kami tidak berkompromi dalam hal melindungi keselamatan awam rakyat Amerika," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Amerika
#Kereta pandu sendiri
#Obama
#Uber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan