awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Slot punca Salah tinggalkan Liverpool'
Lelaki memandu lawan arus serah diri, dituduh pagi ini
Asnida Daim tiba beri keterangan di SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi SAR nahas Lion Air 24 jam - BASARNAS

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/10/2018
11:11 MYT
Operasi SAR nahas Lion Air 24 jam - BASARNAS
Pengarah Operasi BASARNAS, Bambang Suryo Aji dalam satu sidang media berkata usaha pencarian termasuk menggunakan kaedah penyelaman akan diteruskan untuk 24 jam. - Foto REUTERS/Stringer
Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia tidak akan menghentikan operasi mencari dan menyelamat pasca nahas pesawat Lion Air, JT610.
Pengarah Operasi BASARNAS, Bambang Suryo Aji dalam satu sidang media berkata usaha pencarian termasuk menggunakan kaedah penyelaman akan diteruskan untuk 24 jam.
"Saya jangkakan, dengan adanya operasi pencarian atas permukaan bermula sejak pagi tadi hingga kini, telah menjumpai beberapa potongan badan sahaja, saya jangkakan, lebih ramai mangsa di dalam pesawat.
"Oleh sebab itu kami di pihak BASARNAS perlu segera mencari kedudukan bangkai pesawat tersebut untuk memulakan operasi menyelam. Kedalaman itu memungkinkan operasi menyelam diadakan," katanya dalam sidang media di Jakarta hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Nahas pesawat Lion Air
 Turut membantu dalam operasi ini adalah Tentera Nasional Indonesia (TNI). - Foto REUTERS/Stringer
Turut membantu dalam operasi ini adalah Tentera Nasional Indonesia (TNI). - Foto REUTERS/Stringer
Dengan kedalaman laut di kawasan tersebut sekitar 30 hingga 35 meter, ia memungkinkan operasi penyelaman dilakukan.
Hingga kini, rangka utama pesawat masih belum ditemui.
Bagaimanapun, serpihan pesawat yang terapung termasuk kad pengenalan, telefon bimbit, serta barangan mangsa telah ditemui.
Turut membantu dalam operasi ini adalah Tentera Nasional Indonesia (TNI).
Topic Berkaitan
#Basarnas
#Indonesia
#Jakarta
#JT610
#Lion Air
#operasi
#pesawat
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan