awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Rusia raih pendapatan berbilion euro susulan penutupan Selat Hormuz
Songkran Bangkok tanpa alkohol, aktiviti dihadkan hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki memandu lawan arus serah diri, dituduh pagi ini

Bernama
Bernama
06/04/2026
02:18 MYT
Lelaki memandu lawan arus serah diri, dituduh pagi ini
Tangkap layar video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki memandu melawan arus di Jalan Klang Lama pada Ahad.
Polis menahan seorang lelaki yang tular di media sosial kerana memandu secara melawan arus di Jalan Klang Lama semalam, selepas menyerah diri di Pejabat Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur malam tadi.
Ketua JSPT Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata suspek berusia 32 tahun itu hadir ke pejabat JSPT pada 8.35 malam selepas polis gagal mengesannya di beberapa alamat kediaman termasuk rumah keluarganya.
Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati lelaki warga tempatan itu memandu secara melawan arus sejauh kira-kira 500 meter kerana tersalah jalan ketika menghala ke pusat beli-belah Mid Valley.
“Ujian saringan pernafasan (EBA) dan ujian air kencing telah dijalankan ke atas suspek dan keputusannya adalah negatif bagi kedua-dua ujian itu.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zamzuri berkata suspek akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada 9 pagi ini mengikut seksyen sama.
Semalam, tular video memaparkan sebuah kenderaan dipandu secara melawan arus dari persimpangan Jalan Klang Lama/Jalan Sepadu sehingga ke persimpangan Jalan Kuchai Lama yang membahayakan pengguna jalan raya lain.
Pihak JSPT Kuala Lumpur mengesan video berkenaan pada 11.38 pagi sebelum melancarkan usaha mengesan pemandu terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lawan arus
#video tular
#tersalah jalan
#serah diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan