awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Oprah ada suara pemimpin - Meryl Streep

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2018
21:25 MYT
Oprah ada suara pemimpin - Meryl Streep
Aktres Meryl Streep menyifatkan Oprah Winfrey membawa suara seorang pemimpin, ketika spekulasi beliau mahu bertanding jawatan presiden Amerika Syarikat terus diperkatakan - AP
AKTRES Meryl Streep menyifatkan Oprah Winfrey membawa suara seorang pemimpin, ketika spekulasi beliau mahu bertanding jawatan presiden Amerika Syarikat terus diperkatakan.
Bagi Streep, ucapan Oprah ketika Anugerah Golden Globe baru-baru ini sudah cukup membuktikan pengacara televisyen terkenal itu mempunyai pengaruh tersendiri dan ada karisma untuk memimpin.
Streep juga mengakui dimaklumkan, Oprah secara serius mempertimbangkan untuk bertanding jawatan nombor satu di White House itu.
"Beliau (Oprah) telah meletakkan standard yang sangat tinggi untuk individu lain yang mahu bertanding dalam pemilihan presiden 2020," kata Streep dalam satu temuramah dengan Badan Penyiaran British (BBC).
BACA: Cenderamata cawan sokong Oprah Winfrey tanding presiden habis dijual
BACA: 'Saya akan tewaskan Oprah' - Trump
Sementara itu, seorang lagi aktor Hollywood, Tom Hanks, mempunyai pendapat sendiri mengenai Oprah.
"Saya percaya Oprah bangun setiap hari dan memikirkan beliau boleh melakukan sesuatu secara spesifik untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik," kata Hanks.
Dia juga berpendapat, sesiapa juga yang mahu bertanding menjadi presiden boleh merealisasikan impian mereka.
Kenyataan Hanks tersebut adalah merujuk kepada Presiden Donald Trump.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Meryl Streep
#oprah
#Oprah Winfrey
#pemilihan
#presiden
#Tom Hanks
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan