awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan larang import barangan "tidak perlu", jimat tukaran asing

Bernama
Bernama
19/05/2022
20:20 MYT
Pakistan larang import barangan "tidak perlu", jimat tukaran asing
Shehbaz Sharif berkata, keputusan melarang import barangan mewah dapat menjimatkan tukaran asing negara. - Gambar fail
NEW DELHI: Kerajaan Pakistan melarang import barangan "tidak perlu" dalam usahanya untuk menjimatkan tukaran asing memandangkan nilai mata wang jatuh mendadak berbanding dolar AS sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Pada Khamis nilai satu dolar AS adalah 200 rupee berbanding 182 rupee pada sebulan yang lalu.
"Keputusan saya untuk melarang import barangan mewah dapat jimatkan tukaran asing negara," kata Perdana Menteri Shehbaz Sharif.
Barangan itu termasuk kereta, telefon bimbit, peralatan rumah, pinggan mangkuk, bagasi, syampu, peralatan mandian, daging sejuk beku, rokok, alat solek dan muzik.
Menteri Penerangan Marriyum Aurangzeb berkata terdapat "situasi kecemasan" dan rakyat Pakistan perlu mengurangkan kebergantungan terhadap produk import.
Beliau berkata defisit perdagangan di Pakistan sudah berada pada tahap serius.
"Kami mempunyai kapasiti dan pengalaman untuk menyelesaikan isu ekonomi semasa. Langkah yang diambil untuk larang barangan import bertujuan menstabilkan ekonomi," kata Marriyum dalam satu sidang media pada Khamis.
Beliau berkata larangan import barangan bukan keperluan itu dapat menjimatkan AS$6 bilion setahun dan meningkatkan industri pembuatan domestik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#krisis ekonomi
#larangan import
#barangan tidak penting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan