awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin sambut baik tindakan antarabangsa bantah pembinaan petempatan baharu Israel

Bernama
Bernama
08/12/2021
06:21 MYT
Palestin sambut baik tindakan antarabangsa bantah pembinaan petempatan baharu Israel
Peluasan penempatan Israel menjadi antara isu paling hangat dalam konflik Palestin-Israel dan satu penyebab utama yang merencatkan rundingan damai antara kedua-dua pihak sejak 2014. - Reuters
RAMALLAH: Palestin pada Selasa menyambut baik tindakan masyarakat antarabangsa yang membantah pembinaan 9,000 unit kediaman oleh rejim Israel di Baitulmaqdis Timur, lapor agensi berita Xinhua.
"Lebih banyak tindakan diperlukan untuk mencapai matlamat menamatkan penempatan haram Israel," menurut kenyataan Kementerian Luar Palestin.
Kenyataan itu turut menyeru masyarakat antarabangsa meningkatkan lagi usaha untuk melancarkan proses damai di Asia Barat berdasarkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Selain itu, Amerika Syarikat digesa untuk mengambil "langkah praktikal" terutamanya membuka semula konsulat Amerika untuk menjalankan hal ehwal Palestin di Baitulmaqdis Timur.
Pada Selasa, media Israel melaporkan pihak rejim menangguhkan projek untuk membina lebih 9,000 unit rumah baharu di kawasan Lapangan Terbang (Atarot/Qalandia).
Menurut laporan itu penangguhan dibuat selepas jawatankuasa perancangan meminta tinjauan untuk menentukan kesan alam sekitar dan proses tersebut mungkin mengambil masa yang agak lama.
Peluasan penempatan Israel menjadi antara isu paling hangat dalam konflik Palestin-Israel dan satu penyebab utama yang merencatkan rundingan damai antara kedua-dua pihak sejak 2014.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Israel
#petempatan haram
#Baitulmaqdis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan