awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Perancis iktiraf negara Palestin

Agensi
Agensi
03/12/2014
05:20 MYT
Parlimen Perancis iktiraf negara Palestin
Ahli Parlimen Perancis pada Selasa meluluskan usul simbolik mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. -Gambar fail
Ahli Parlimen Perancis pada Selasa meluluskan usul simbolik mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara selepas langkah sama dibuat oleh Britain dan Sepanyol dalam usaha blok Eropah cuba menggerakkan semula rundingan damai Asia Barat yang tertangguh.
Usul itu menggesa kerajaan Perancis mengiktiraf kewujudan negara Palestin sebagai langkah mencapai penyelesaian mutlak.
Usul itu dikemukakan oleh Parti Sosialis itu mendapat sokongan majoriti dengan 339 ahli parlimen menyokong dan 151 menentang.
Usul itu ditentang oleh Kesatuan Gerakan Popular (UMP) pimpinan bekas Presiden republik itu, Nicolas Sarkozy.
Kelompok yang menentang usul itu mendakwa ia bertujuan meraih undi dalam kalangan pengundi beragama Islam.
Pengiktirafan itu membayangkan kecenderungan negara-negara Eropah mencari jalan alternatif untuk menghidupkan semula proses rundingan damai Asia Barat.
Sementara itu, Israel mengecam tindakan parlimen itu dan menyifatkannya sebagai menjejaskan prospek keamanan di rantau berkenaan.
"Israel percaya undi di Parlimen akan mengurangkan kemungkinan untuk mencapai persetujuan antara Israel dan Palestin," kata satu kenyataan yang dikeluarkan tidak lama selepas undian usul tersebut.
"Keputusan seperti ini mengukuhkan pendirian Palestin dan menghantar mesej yang salah kepada rakyat dan pemimpin rantau."
Wakil Jordan di Pertubuhan Bangsa Bersatu, Dina Kawar dalam reaksinya berkata beliau akan cuba mendapatkan Majlis Keselamatan untuk mempersetujui satu resolusi mendesak penyelesaian dua negara sebelum Krismas ini.
Katanya, resolusi itu setakat ini digubal oleh Palestin dan Perancis dan mungkin beberapa negara lain, manakala Jordan akan menyediakan teks akhir yang boleh diterima oleh semua negara anggota Majlis Keselamatan.
Kepimpinan Palestin dalam pada itu menyambut baik pendirian parlimen Perancis.
"Kami menyeru kerajaan Perancis untuk menterjemahkan undi di parlimen jadi satu tindakan," kata Hanan Ashrawi, pemimpin kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dalam satu kenyataan.
Topic Berkaitan
#xxx
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan