awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti hari lahir bertukar tragedi, 9 cedera

Reuters
Reuters
02/07/2018
00:50 MYT
Parti hari lahir bertukar tragedi, 9 cedera
Timmy Kinner dikatakan membalas dendam kerana dihalau dari kawasan tempat tinggal pelarian itu. - Sheriff's Office/Handout via REUTERS
Seorang lelaki mengamuk dan menyerang tetamu pada satu majlis hari jadi seorang kanak-kanak berumur tiga tahun di sebuah kompleks pangsapuri yang menempatkan pelarian di Boise pada Sabtu.
Kejadian itu mencederakan sembilan orang, termasuk enam kanak-kanak.
Menurut polis tempatan, penyerang, Timmy Kinner, 30 tahun, warga Amerika Syarikat yang berasal dari Los Angeles, telah berjaya diberkas.
 Kejadian amuk oleh seorang lelaki dari Los Angeles berlaku di kawasan kediaman yang menempatkan pelarian antara lain dari Syria, Iraq dan Ethiopia. REUTERS
Kejadian amuk oleh seorang lelaki dari Los Angeles berlaku di kawasan kediaman yang menempatkan pelarian antara lain dari Syria, Iraq dan Ethiopia. REUTERS
Serangan yang dilakukan Kinner dikatakan bermotifkan balas dendam, selepas diminta meninggalkan kediaman tersebut pada Jumaat kerana dia dikatakan bukan seorang pendatang.
Dalam sidang media pada Ahad, Ketua Polis, Bill Bones berkata Kinner kembali pada malam Sabtu untuk membalas dendam dan menyasar kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan tiga hingga 12 tahun.
Tiga orang dewasa cedera apabila cuba memberhentikan serangan Kinner.
Empat daripada mangsa mengalami kecederaan parah dan kebanyakan mereka adalah pelarian dari Syria, Iraq dan Ethiopia.
Bones turut berkata, penyerang yang mempunyai rekod jenayah tersebut tidak mengenali mana-mana mangsa yang terlibat.
Topic Berkaitan
#boise
#hari jadi
#Kanak-kanak
#kompleks
#lelaki
#mengamuk
#menyerang
#pangsapuri
#parti
#pelarian
#Timmy Kinner
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan