awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB beri amaran 2.1 juta penduduk Gaza berhadapan kebuluran akibat sekatan

Bernama
Bernama
12/05/2025
13:30 MYT
PBB beri amaran 2.1 juta penduduk Gaza berhadapan kebuluran akibat sekatan
OCHA mengesahkan bahawa stok bekalan bantuan kemanusiaan kini hampir habis apabila sekatan menyeluruh oleh Israel ke atas Gaza berlarutan memasuki bulan ketiga. - Gambar AP
NEW YORK: Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) menggesa agar sekatan berterusan ke atas Semenanjung Gaza yang kini memasuki minggu kesembilan berturut-turut dihentikan, dengan memberi amaran bahawa nyawa 2.1 juta orang awam berada dalam risiko serius.
Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), OCHA mengesahkan bahawa stok bekalan bantuan kemanusiaan kini hampir habis apabila sekatan menyeluruh oleh Israel ke atas Gaza berlarutan memasuki bulan ketiga.
Sementara itu, Agensi Kerja dan Bantuan PBB bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) melaporkan bahawa bantuan dan bekalan kemanusiaan tidak lagi memasuki Gaza sejak 2 Mac, selepas pihak berkuasa Israel mengenakan kepungan.
Akibatnya, bekalan asas kemanusiaan seperti makanan, bahan api, bantuan perubatan dan vaksin kanak-kanak semakin kehabisan dengan bekalan tepung dan pek makanan UNRWA telah kehabisan manakala lebih satu pertiga daripada bekalan perubatan penting juga telah kehabisan stok.
"Keadaan ini memberi kesan yang amat dahsyat kepada penduduk, khususnya golongan rentan termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas," kata UNRWA.
Agensi itu memberi amaran bahawa sekatan berterusan akan membawa kemudaratan yang tidak dapat dipulihkan kepada ribuan nyawa, sambil menambah bahawa ribuan trak bantuan kini bersedia untuk memasuki Gaza dan pasukannya di lapangan telah bersiap sedia untuk meningkatkan operasi sebaik sahaja akses dibenarkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan kemanusiaan
#UNRWA
#warga emas
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan