awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB desak henti keganasan di Myanmar sempena ulang tahun pengusiran Rohingya

Bernama
Bernama
24/08/2024
09:00 MYT
PBB desak henti keganasan di Myanmar sempena ulang tahun pengusiran Rohingya
Stephane Dujarric dalam satu kenyataan berkata: "25 Ogos menandakan tujuh tahun sejak pengusiran besar-besaran etnik Rohingya dan komuniti lain dari Negeri Rakhine di Myanmar.
HAMILTON: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat menyeru agar keganasan di Myanmar dihentikan, lapor Agensi Anadolu (AA).
Jurucakap PBB Stephane Dujarric dalam satu kenyataan berkata: "25 Ogos menandakan tujuh tahun sejak pengusiran besar-besaran etnik Rohingya dan komuniti lain dari Negeri Rakhine di Myanmar.
"Kira-kira satu juta etnik Rohingya kini berlindung di Bangladesh dan lebih 130,000 lagi di seluruh rantau ini tanpa prospek segera untuk kembali."
Dujarric menekankan situasi keselamatan dan kemanusiaan yang terus meruncing di Myanmar, khususnya di Negeri Rakhine dengan konflik bersenjata yang semakin memuncak terus memburukkan lagi "kerentanan sedia ada" bagi etnik Rohingya dan komuniti lain.
"Setiausaha Agung (PBB) menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik di Myanmar untuk menghentikan keganasan dan memastikan perlindungan orang awam selaras dengan standard hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa," katanya.
Ketua PBB itu juga mengulangi rayuannya untuk "mengukuhkan usaha perlindungan serantau" dan "menyokong lebih banyak negara tuan rumah, termasuk melalui Pelan Tindakan Bersama 2024 untuk Krisis Kemanusiaan Rohingya di Bangladesh."
Kenyataan itu turut menyebut bahawa Julie Bishop, utusan khas Setiausaha Agung PBB mengenai Myanmar sedang "melibatkan semua pihak berkepentingan untuk bergerak ke arah proses inklusif yang diketuai Myanmar bagi mencapai keamanan yang mampan dan perdamaian nasional, yang merupakan langkah penting untuk mewujudkan keadaan yang kondusif bagi kepulangan secara sukarela, selamat, bermaruah, dan mampan bagi orang Rohingya ke Myanmar."
Pengusiran besar-besaran orang Rohingya bermula pada 25 Ogos 2017, selepas tentera Myanmar melancarkan operasi kejam terhadap minoriti Muslim di wilayah utara negara itu.
Sejak itu, kira-kira 1.2 juta etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dan tinggal di kem-kem pelarian di Cox's Bazar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Myanmar
#PBB
#Rohingya
#krisis kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan