awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB kecam serangan ke atas hospital Myanmar

Bernama
Bernama
12/12/2025
03:10 MYT
PBB kecam serangan ke atas hospital Myanmar
Jurucakap PBB Farhan Haq berkata, PBB amat bimbang dengan laporan mengenai serangan udara di Negeri Rakhine pada Khamis.
HAMILTON (Kanada): Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis mengecam serangan terbaharu ke atas sebuah hospital di Negeri Rakhine, Myanmar, yang dilaporkan mengorbankan lebih 30 orang awam dan mencederakan lebih 70 termasuk pesakit, penjaga dan petugas perubatan, lapor Anadolu Ajansi.
"PBB amat bimbang dengan laporan mengenai serangan udara di Negeri Rakhine semalam," kata jurucakap PBB Farhan Haq pada sidang media.
"Pertubuhan Kesihatan Sedunia memaklumkan ini adalah serangan ke-67 ke atas sektor kesihatan di Myanmar yang disahkan tahun ini.
"Kemudahan perubatan dan orang awam, termasuk petugas perubatan mesti dihormati dan dilindungi.
"PBB mengecam serangan ini, yang merupakan sebahagian daripada pola serangan lebih luas yang mencederakan orang awam serta merosakkan infrastruktur, seterusnya memusnahkan komuniti di seluruh negara," katanya.
Beliau menggesa semua pihak mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.
Menekankan keperluan kemanusiaan yang semakin meningkat di Myanmar, Haq berkata Pelan Keperluan dan Tindak Balas Kemanusiaan 2026 yang dikeluarkan semalam memerlukan US$890 juta dan memberi amaran bahawa 16.2 juta orang, termasuk 5 juta kanak-kanak memerlukan bantuan serta perlindungan tahun depan.
"Konflik dan bencana telah menyebabkan kira-kira 3.6 juta orang hilang tempat tinggal, dengan ramai daripadanya terpaksa melarikan diri berulang kali," katanya.
Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh dan 76 lagi cedera dalam serangan di hospital di Mrauk-U, sebuah bandar berhampiran sempadan Bangladesh.
Pihak tentera tidak mengaku melancarkan sebarang operasi di kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rakhine
#Myanmar
#serangan hospital
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan