awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: IEA, IMF, Bank Dunia beri amaran harga bahan api, baja mungkin kekal tinggi untuk tempoh lama
Konflik Asia Barat: Iran terbuka kepada rundingan yang berprinsip dan logik
Ringgit melonjak 135 mata asas kepada 3.96 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB kutuk tahan anggota pengaman di Syria

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2013
02:11 MYT
PBB kutuk tahan anggota pengaman di Syria
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk keras penahanan anggota pengamannya di Syria.
Dalam kenyataan yang dibuat, ia meminta kumpulan penentang anti kerajaan supaya membebaskan segera kesemua 20 anggotanya tanpa syarat.
Semua mereka yang ditahan membabitkan petugas yang melakukan pemantauan gencatan senjata antara Syria dan Israel di Bukit Golan.
Dalam rakaman yang disiarkan, ia memapar sekumpulan lelaki bersenjata mengelilingi kenderaan milik PBB.
Mereka menuduh petugas berkenaan terbabit membantu Damsyik untuk menawan semula kawasan yang dikuasainya beberapa hari lalu.
Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Briged Syuhada' Yarmuk mengenakan syarat akan membebaskan mereka yang ditawan hanya selepas tentera kerajaan berundur dari Jamleh.
Syrian Observatory for Human Rights, yang berpengkalan di Britain mendakwa semua tahanan membabitkan warga Filipina.
Topic Berkaitan
#20 orang
#anggota pengaman
#ditahan
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan