awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: IEA, IMF, Bank Dunia beri amaran harga bahan api, baja mungkin kekal tinggi untuk tempoh lama

Bernama
Bernama
14/04/2026
01:57 MYT
Konflik Asia Barat: IEA, IMF, Bank Dunia beri amaran harga bahan api, baja mungkin kekal tinggi untuk tempoh lama
IEA, IMF dan Kumpulan Bank Dunia pada Isnin memberi amaran bahawa harga bahan api dan baja mungkin kekal tinggi untuk tempoh yang panjang walaupun aliran perkapalan melalui Selat Hormuz disambung semula, berikutan rantaian bekalan yang terjejas dan kelewa
Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia pada Isnin memberi amaran bahawa harga bahan api dan baja mungkin kekal tinggi untuk tempoh yang panjang walaupun aliran perkapalan melalui Selat Hormuz disambung semula, berikutan rantaian bekalan yang terjejas dan kelewatan dalam memulihkan aliran komoditi global.
Dalam satu kenyataan bersama, ketiga-tiga institusi itu berkata, kesan perang Asia Barat adalah “besar, bersifat global dan sangat tidak seimbang”, dengan pengimport tenaga khususnya negara berpendapatan rendah, terjejas, lapor Anadolu Ajansi.
Gangguan itu telah mendorong kenaikan harga minyak, gas dan baja, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keterjaminan makanan serta kehilangan pekerjaan, manakala sebahagian pengeluar di rantau itu turut mengalami kerugian besar dalam hasil eksport.
Menurut kenyataan itu, perkapalan melalui Selat Hormuz masih belum kembali normal dan walaupun aliran itu disambung semula, bekalan global bagi komoditi utama dijangka mengambil masa untuk pulih ke paras sebelum konflik.
Kenyataan itu menegaskan bahawa kekurangan input kritikal akibat gangguan bekalan boleh merebak ke sektor tenaga, makanan dan sektor lain, manakala pemindahan paksa, kelemahan pasaran pekerjaan, serta kemerosotan sektor pelancongan dan perjalanan juga dijangka mengambil masa untuk pulih.
“Hari ini, kami berkongsi penilaian terkini kami menjelang pengumuman Laporan Pasaran Minyak bulanan IEA dan Tinjauan Ekonomi Dunia IMF Selasa, 14 April.
"Kami juga membincangkan situasi negara-negara yang paling terjejas akibat kejutan itu serta tindak balas institusi kami.
“Pasukan kami bekerjasama rapat termasuk di peringkat negara untuk memanfaatkan kepakaran masing-masing dan membantu negara melalui nasihat dasar yang disesuaikan, dan dalam kes IMF serta Bank Dunia, sokongan kewangan apabila diperlukan,” menurut kenyataan itu.
Institusi berkenaan berkata mereka akan terus menyelaras sokongan kepada negara anggota serta memantau kesan perang itu terhadap pasaran tenaga dan ekonomi global.
“Kami akan terus memantau dan menilai dengan teliti kesan perang terhadap pasaran tenaga, ekonomi global dan negara-negara secara individu, serta menyelaras respons dan sokongan kepada negara anggota kami dengan bekerjasama serta memanfaatkan kepakaran organisasi antarabangsa lain apabila perlu bagi meletakkan asas kepada pemulihan berdaya tahan yang menjamin kestabilan, pertumbuhan dan pekerjaan,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA-ANADOLU
IEA, IMF, BANK DUNIA BERI AMARAN HARGA BAHAN API, BAJA MUNGKIN KEKAL TINGGI UNTUK TEMPOH LAMA
Topic Berkaitan
#IEA
#IMF
#Bank Dunia
#bahan api
#baja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan