awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja berumur dakwa didiskriminasi dalam pekerjaan - Tinjauan

Bernama
Bernama
05/02/2024
21:00 MYT
Pekerja berumur dakwa didiskriminasi dalam pekerjaan - Tinjauan
Pekerja berumur merupakan sumber yang sangat berharga untuk ribuan majikan. - Gambar hiasan
LONDON: Kira-kira satu daripada lima individu berusia 55 tahun ke atas mendakwa mereka didiskriminasi kerana faktor usia, menurut satu kajian di United Kingdom (UK), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Satu tinjauan terhadap 2,000 individu dewasa oleh sebuah firma kewangan, Canada Life mendedahkan aduan pekerja itu, termasuk peluang kerjaya yang lebih sedikit dan peningkatan tekanan untuk menunjukkan prestasi yang baik dalam pekerjaan mereka.
Menurut laporan itu, pekerja berumur berkenaan mendakwa terdapat perubahan negatif dalam sikap terhadap mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan majikan kurang menilai prestasi mereka.
Pengarah Jualan Canada Life, Dan Crook, berkata pekerja berumur merupakan sumber yang sangat berharga untuk ribuan majikan.
"Mereka menawarkan tempat kerja mereka pengalaman dan kepakaran yang hanya diperoleh melalui masa dan adalah suatu kebimbangan bahawa begitu ramai pekerja ini merasa didiskriminasi di tempat kerja dan percaya peluang untuk memajukan diri terhalang oleh krisis kos sara hidup," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja berumur
#diskriminasi
#faktor usia
#tinjauan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan