awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar asrama dinoda senior hingga mengandung

Sinar Harian
Sinar Harian
19/09/2018
04:32 MYT
Pelajar asrama dinoda senior hingga mengandung
Mangsa jatuh sakit selepas insiden tersebut lalu mengadu kepada kakaknya yang juga belajar di sekolah sama bahawa dia telah dinoda, mangsa kemudian didapati telah mengandung. - Gambar hiasan
Seorang pelajar kelas 10 di sebuah sekolah asrama di India dinoda oleh sekumpulan pelajar senior bulan lalu, malah pihak sekolah cuba untuk menyembunyikan insiden berkenaan.
Menurut pelajar perempuan berusia 16 tahun tersebut, pada 14 Ogos lalu, dia dipanggil ke sebuah bilik stor dengan alasan perlu membuat persiapan untuk sebuah acara di sekolahnya, namun malangnya, dia diserang dan dinoda bergilir-gilir.
Mangsa jatuh sakit selepas insiden tersebut lalu mengadu kepada kakaknya yang juga belajar di sekolah sama bahawa dia telah dinoda, mangsa kemudian didapati telah mengandung.
Apabila kedua beradik berkenaan membuat aduan kepada pihak sekolah, mereka diugut akan dibuang sekolah sekiranya menceritakan perkara itu kepada sesiapa.
"Pihak pengurusan sekolah cuba untuk menyembunyikan kes itu, setelah sebulan, perkara itu telah sampai kepada pengetahuan polis," kata seorang pegawai kanan polis, Ashok Kumar.
Malah, pihak sekolah turut dituduh cuba menggugurkan kandungan mangsa dengan memberinya minuman bercampur dadah.
Sehubungan kes itu, empat pelajar lelaki, pengetua, pentadbir dan penjaga hostel sekolah berkenaan telah ditahan.
Topic Berkaitan
#asrama
#mangsa
#mengandung
#pelajar
#polis
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan