awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong diserang anak beruang di Shirakawa, Jepun

Bernama
Bernama
06/10/2025
20:30 MYT
Pelancong diserang anak beruang di Shirakawa, Jepun
Seorang pelancong lelaki warga Sepanyol cedera ringan selepas diserang seekor anak beruang ketika melawat perkampungan Shirakawa di wilayah tengah Jepun pada pagi Ahad. - Gambar hiasan
GIFU (Jepun): Seorang pelancong lelaki warga Sepanyol cedera ringan selepas diserang seekor anak beruang ketika melawat perkampungan Shirakawa di wilayah tengah Jepun pada pagi Ahad, lapor Kyodo News memetik kenyataan kerajaan tempatan.
Mangsa berusia 40 tahun itu mengalami cedera ringan di bahagian lengan kanan.
Ketika kejadian, dia sedang berjalan bersama seorang lagi warga Sepanyol sebelum terserempak dengan seekor anak beruang yang muncul dari kawasan belukar, berhampiran hentian bas di kampung berkenaan.
Pihak berkuasa tempatan telah menutup laluan pejalan kaki menuju ke kawasan tinjauan yang menghadap tapak Shirakawa-go, sementara polis dan pemburu dikerah untuk mengesan anak beruang itu.
Shirakawa-go di wilayah Gifu merupakan destinasi pelancongan popular yang terkenal dengan rumah tradisional beratap jerami.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Jepun melaporkan peningkatan kes kemunculan dan serangan beruang, termasuk insiden yang membawa maut di beberapa wilayah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancong
#diserang anak beruang
#lelaki warga Sepanyol
#Shirakawa Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan