awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Suspek serangan sekolah Thailand ditembak mati selepas bunuh pengetua dan tawan murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelarian Syria sedia makanan percuma untuk petugas perubatan di Portugal

Reuters
Reuters
15/04/2020
02:03 MYT
Pelarian Syria sedia makanan percuma untuk petugas perubatan di Portugal
Ramia Abdalghani menyediakan makanan di restoran miliknya dan suami untuk petugas perubatan. - Reuters
Petugas di sebuah hospital di Lisbon, Portugal, dikejutkan apabila menerima makanan yang dihantar oleh sebuah restoran milik pelarian Syria.
Sejak pertengahan Mac lalu, Ramia Abdalghani dan Alan Ghumim, pemilik Restoran Tayybeh di sini, menawarkan makanan percuma kepada petugas perubatan yang kini bertungkus lumus memerangi wabak COVID-19 di negara itu.
"Kami dibantu oleh mereka yang pernah melalui kehidupan yang perit.
"Ini menunjukkan pentingnya untuk kita saling membantu antara satu sama lain," kata seorang jururawat yang dikenali sebagai Nuno Delicado.
Portugal setakat ini mencatat lebih 16,900 kes positif dan 535 kematian.
Kebanyakan petugas perubatan tidak lagi mempunyai masa untuk menyediakan atau membawa makanan dari rumah, manakala kafe di hospital ditutup susulan perintah berkurung.
Kerana itu, usaha yang dilakukan Ramia dan Alan sangat dihargai.
Antara makanan yang disediakan Restoran Tayybeh kepada petugas perubatan. - Reuters
Antara makanan yang disediakan Restoran Tayybeh kepada petugas perubatan. - Reuters
Pasangan itu berpindah ke Portugal empat tahun lalu dan berjaya membuka restoran tersebut tahun lalu.
"Apabila anda melarikan diri dari perang, ia situasi yang sukar tetapi dalam masa yang sama anda akan kenal siapa kawan anda.
"Kami diterima dengan baik di sini, jadi kami melakukan sesuatu untuk membalas budi mereka," kata Alan.
Pasangan itu juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan dan menganggap mereka "layak diberi makan malam paling enak bersama keluarga, sebelum kembali berjuang pada keesokan harinya".
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hospital
#koronavirus
#pelarian
#perubatan
#Portugal
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan