awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelitup muka dikitar semula jadi pengecas telefon

Astro Awani
Astro Awani
01/02/2022
22:15 MYT
Pelitup muka dikitar semula jadi pengecas telefon
Pelitup muka terpakai yang dikitar semula menjadi pengecas telefon tanpa wayar. - Foto AP
TAIPEI: Pandemik COVID-19 bukan sahaja mengancam jutaan nyawa, malah ia mengakibatkan pencemaran sisa berpunca daripada pelitup muka terpakai yang sering dibuang merata.
Baru-baru ini, sebuah firma di Taiwan cuba mengatasi masalah tersebut dengan mengitar semula pelitup muka kepada pengecas telefon tanpa wayar.
Syarikat Miniwiz menghasilkan satu mesin yang dikenali Trashpresso, yang akan memampatkan sisa pelitup muka tersebut sehingga terbentuknya plastik yang boleh digunapakai untuk bahagian pembuatan pengecas telefon.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arthur Huang, pelitup muka yang diperbuat daripada sintetik fiber plastik itu ada nilainya dan boleh dimanfaatkan semula.
"Pandemik COVID-19 telah menghasilkan banyak pembaziran. Banyak sisa sekali guna, terutamanya semua sisa plastik yang digunakan untuk melindungi diri kita. Dan sisa plastik ini, terutamanya pelitup muka, ia sebenarnya hampir 100% diperbuat daripada plastik. Ia berasaskan polipropilena (pp).
"Kita terfikir, jika kita boleh mengubah pencemaran ini daripada membuangnya, atau dibuang ke tapak pelupusan sampah, bagaimana kita boleh mengubahnya menjadi produk yang berharga semasa wabak ini? Jadi, kami berfikir untuk menggunakan ini dan mengubahnya menjadi pengecas digital tanpa wayar," katanya.
Menurut kajian Massachusetts Institute of Technology, pandemik COVID-19 telah menghasilkan kira-kira 7,200 tan sisa perubatan setiap hari, dan kebanyakannya adalah pelitup muka.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pelitup mula
#kitar semula
#pegencas telefon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan