awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemburu cedera di kaki 'ditembak' anjing sendiri

Agensi
Agensi
28/10/2015
05:26 MYT
Pemburu cedera di kaki 'ditembak' anjing sendiri
Anjing jenis Labrador seperti inilah yang tanpa sengaja 'menembak' tuannya. - Gambar hiasan
Seekor anjing bernama Trigger telah ‘menembak’ tuannya yang berusia 25 tahun dalam sebuah insiden luar biasa di utara Indiana, Amerika Syarikat.
Allie Carter telah cedera di bahagian kaki kirinya ketika memburu burung hutan pada Sabtu lalu di sebuah kawasan taman alam yang diwartakan sebagai lokasi perburuan, lapor Jabatan Sumber Semula Jadi Indiana.
Dalam insiden itu, pemburu wanita berkenaan meletakkan senapang patahnya di atas tanah sewaktu hendak memperbetulkan posisi menghendap. Ketika itulah anjing baka Labrador yang berusia 11 tahun miliknya telah memijak picu senapang tersebut hingga melepaskan tembakan.
Pegawai Konservasi Indiana Jonathon Boyd memberitahu bahawa fungsi pengunci keselamatan pada senapang itu tidak digunakan oleh Carter sekali gus menyebabkan kemalangan itu berlaku.
Carter yang tidak pernah menghabiskan sesi kurus untuk pemburu telah dikejarkan ke hospital. Dia terpaksa menanggung kesakitan akibat ditembusi pelet peluru yang lazimnya digunakan untuk menembak burung.
Insiden itu telah melonjakkan kesedaran mengenai keselamatan sewaktu berburu terutamanya amalan meletakkan muncung senapang ke arah yang betul selain penggunaan mekanisme keselamatan.
Sesiapa yang lahir pada 31 Disember 1986 perlu menduduki kursus memburu sehingga mendapat sijil sebelum boleh membeli lesen memburu di Indiana.
Topic Berkaitan
#Allie Carter
#anjing
#Indiana
#Labrador
#pemburu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan