awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan antarabangsa ke selatan Sudan kembali beroperasi

Bernama
Bernama
19/04/2023
06:25 MYT
Penerbangan antarabangsa ke selatan Sudan kembali beroperasi
Operasi penerbangan antarabangsa di selatan Sudan telah disambung semula selepas terhenti berikutan penutupan ruang udara Sudan di tengah-tengah pertempuran. -Gambar fail/Bernama
JUBA: Operasi penerbangan antarabangsa di selatan Sudan telah disambung semula selepas terhenti berikutan penutupan ruang udara Sudan di tengah-tengah pertempuran.
Timbalan menteri hal ehwal luar negeri dan kerjasama antarabangsa, Deng Dau Deng berkata tiga syarikat penerbangan telah menghentikan penerbangan mereka ke selatan Sudan Ahad berikutan pertempuran tentera.
"Turkish Airlines, Egyptair, dan flydubai adalah tiga penerbangan yang terjejas," kata Dau kepada diplomat asing di Juba, selatan Sudan.
Pertempuran ganas meletus pada 15 April antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum, ibu negara Sudan, dan bandar-bandar lain, di mana kedua-dua pihak saling tuduh menuduh memulakan konflik.
Pihak berkuasa penerbangan awam Sudan kemudiannya menutup ruang udara negara itu dengan menggantung perkhidmatan navigasi udara, memaksa pembatalan penerbangan ke dan dari Sudan.
Sekurang-kurangnya 185 orang terbunuh manakala lebih 1,800 lagi cedera sejak pertempuran meletus di Khartoum pada 15 April, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sudan
#penerbangan antarabangsa
#Deng Dau Deng
#SAF RSF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan