awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan domestik India dilencongkan berikutan ancaman bom

Bernama
Bernama
01/09/2024
16:13 MYT
Penerbangan domestik India dilencongkan berikutan ancaman bom
Penerbangan IndiGo dari Jabalpur di Madhya Pradesh ke Hyderabad di Telangana telah dilencongkan ke Nagpur di Maharashtra. - Gambar fail/Reuters
NEW DELHI: Pihak berkuasa melencongkan penerbangan domestik ke sebuah lapangan terbang di negeri Maharashtra, barat India pada Ahad berikutan ancaman bom, menurut pegawai, lapor Xinhua.
Penerbangan IndiGo dari Jabalpur di Madhya Pradesh ke Hyderabad di Telangana telah dilencongkan ke Nagpur di Maharashtra selepas mesej ancaman bom ditemukan di dalam pesawat.
Menurut pegawai, semua penumpang dan anak kapal diarah turun dan pesawat itu diperiksa menyeluruh. Bagaimanapun, pasukan tindak balas tidak menemui objek mencurigakan di dalam pesawat.
Insiden itu adalah yang terbaru dalam siri ancaman bom palsu yang dihantar ke sekolah, lapangan terbang, pusat beli-belah dan hospital di negara itu, termasuk Delhi.
Pada Jun, badan keselamatan penerbangan awam India, Biro Keselamatan Penerbangan Awam, mencadangkan larangan terbang selama lima tahun ke atas mereka yang mengeluarkan ancaman sedemikian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penerbangan dilencong
#ancaman bom
#India
#Indigo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan