awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM pada AS$126.6 bilion setakat 3 Mac 2026

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
07/04/2026
09:04 MYT
Rizab antarabangsa BNM pada AS$126.6 bilion setakat 3 Mac 2026
BNM berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan, serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. - Gambar fail

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada AS$126.6 bilion setakat 31 Mac, 2026.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan, serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata rizab antarabangsa kasar terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$110.8 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.9 bilion), emas (AS$6.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.2 bilion).
Sementara itu, bank pusat berkata jumlah asetnya sebanyak RM617.54 bilion, terutamanya emas, aset kewangan asing dan rizab lain termasuk SDR (RM511.38 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM13.41 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM28.79 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM419.79 juta), harta tanah dan peralatan (RM4.56 bilion) dan aset lain (RM58.98 bilion).
BNM berkata jumlah modal dan liabiliti sebanyak RM617.54 bilion, yang terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM185.44 bilion), mata wang dalam edaran (RM188.75 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM132.12 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM2.69 bilion), deposit lain (RM70.90 bilion), kertas Bank Negara (RM7.29 bilion), peruntukan SDR (RM26.38 bilion), serta liabiliti lain (RM3.86 bilion).

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#BNM
#rizab antarabangsa
#import
#emas
#rizab mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan