awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengeluar TikTok mahu fail saman terhadap pentadbiran Trump

Astro Awani
Astro Awani
24/08/2020
01:54 MYT
Pengeluar TikTok mahu fail saman terhadap pentadbiran Trump
Syarikat pemilik aplikasi TikTok, ByteDance akan memfailkan saman ke atas pentadbiran Trump berhubung pengharaman aplikasi berkenaan di AS.
SYARIKAT pemilik aplikasi TikTok, ByteDance akan memfailkan saman ke atas pentadbiran Trump berhubung pengharaman aplikasi berkenaan di Amerika Syarikat (AS).
ByteDance dalam satu kenyataan berkata kerajaan AS tidak mempedulikan fakta, tidak mengikut proses undang-undang dan cuba campur tangan dalam rundingan syarikat komersial.
Syarikat itu sebelum ini telah cuba berunding untuk mencari jalan penyelesaian terhadap kebimbangan kerajaan AS.
Tegasnya, ia tiada pilihan selain memfailkan saman untuk memastikan undang-undang dipatuhi dan syarikat serta pengguna dilayan dengan adil oleh pentadbiran Trump.
Pada 6 Ogos lepas, Trump umum pengharaman sebarang transaksi antara ByteDance dengan mana mana entiti di AS dalam masa 45 hari.
Pada 14 Ogos, Trump sekali lagi mengeluarkan arahan eksekutif memaksa ByteDance menjual pegangan kepada syarikat AS dalam tempoh 90 hari.
Tik Tok mempunyai sekitar 1 billion pengguna di serata dunia dengan AS menyumbang kepada jumlah pengguna kedua tertinggi.
Di AS sahaja ia telah menambah 45 juta pengguna baharu pada 2020.
Tik Tok dalam kenyataannya berkata ia akan terus mengembangkan capaiannya ke serata dunia biarpun berdepan cabaran politik dan daripada Facebook.
ByteDance mengumum akan membuka pusat data di Ireland dengan pelaburan 420 juta euro.
Menurut ByteDance, projek berkenaan akan wujudkan beratus pekerjaan baharu dan terus mengukuhkan dan melindungi data pengguna Tik Tok.
Topic Berkaitan
#ByteDance
#fail saman
#ikut proses undang-undang
#tidak mempedulikan fakta
#TikTok
#Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan