awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penipuan cukai: Ronaldo bayar denda, elak hukuman penjara

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2019
22:49 MYT
Penipuan cukai: Ronaldo bayar denda, elak hukuman penjara
Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez meninggalkan mahkamah di Madrid, Sepanyol, 22 Jan, 2019. REUTERS
Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo, didenda hampir 19 juta euro (RM89 juta) selepas mengaku bersalah dalam kes penipuan cukai tetapi berjaya mengelak hukuman penjara 23 bulan selepas bersetuju dengan satu perjanjian.
Berjalan keluar dari kamar mahkamah dengan diiringi tunangnya Georgina Rodriguez pada Selasa, Ronaldo sempat menurunkan tandatangan ketika peminatnya meminta autograf, sebelum memasuki kenderaan yang sedang menunggu.
Pemain Juventus berusia 33 tahun itu, yang bermain untuk Real Madrid dari 2009 hingga 2018, bersetuju menyelesaikan kes itu dengan membayar denda sebanyak 18.8 juta euro dan menerima penangguhan hukuman penjara.
Di bawah undang-undang Sepanyol, pesalah kali pertama bagi kes yang melibatkan hukuman penjara di bawah dua tahun boleh dihukum dengan hanya diletakkan dalam pemerhatian.
Pemegang anugerah pemain terbaik dunia sebanyak lima kali itu hanya muncul di mahkamah selama 15 minit dan bagi menandatangani perjanjian yang sudah dibuat sebelumnya.
BACA: Cristiano Ronaldo mengaku bersalah penipuan cukai
Pada Isnin, Ronaldo memohon dibenarkan untuk tidak masuk ke mahkamah melalui pintu depan bagi mengelak daripada menarik perhatian orang ramai.
Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan langkah keselamatan khas itu.
Pada 2017, Ronaldo menafikan pertuduhan dengan sengaja menggunakan perniagaan untuk menyembunyikan pendapatan berkaitan dengan hak penampilannya antara 2011 dan 2014.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Cristiano Ronaldo
#cukai
#denda
#penjara
#Real Madrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan