awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyakit bawaan air merebak di Gaza susulan cuaca panas dan air tercemar - PBB

Bernama
Bernama
13/04/2024
06:43 MYT
Penyakit bawaan air merebak di Gaza susulan cuaca panas dan air tercemar - PBB
Air tercemar dan kerosakan sistem sanitasi dikaitkan dengan penyakit seperti kolera, cirit-birit, disenteri dan hepatitis A. -Gambar fail/Reuters
GENEVA: Penyakit bawaan air sedang merebak di Gaza berikutan kekurangan air bersih dan suhu yang meningkat, menurut Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Jamie McGoldrick berkata: "Keadaan semakin panas di sini. Penduduk mendapat air yang semakin kurang daripada yang diperlukan dan natijahnya penyakit bawaan air tersebar kerana kekurangan air yang bersih dan selamat diminum serta gangguan dalam sistem sanitasi.
"Kami perlu mencari jalan dalam beberapa bulan akan datang bagaimana kami boleh mendapat bekalan air yang lebih baik ke kawasan ini yang sesak dengan manusia pada masa ini," katanya selepas melakukan lawatan terakhirnya ke Gaza.
Air tercemar dan kerosakan sistem sanitasi dikaitkan dengan penyakit seperti kolera, cirit-birit, disenteri dan hepatitis A, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#Palestin
#bekalan air
#cuaca panas
#penyakit bawaan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan