awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perang Ukraine-Rusia boleh tamat lebih awal jika ada kata putus dalam rundingan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
24/03/2022
12:35 MYT
Perang Ukraine-Rusia boleh tamat lebih awal jika ada kata putus dalam rundingan
Perang antara Rusia dan Ukraine boleh ditamatkan lebih awal jika rundingan yang berlangsung antara kedua-dua negara dengan campur tangan negara Barat berjaya mencapai satu kata putus. - Gambar fail/AP
KUALA LUMPUR : Perang antara Rusia dan Ukraine boleh ditamatkan lebih awal jika rundingan yang berlangsung antara kedua-dua negara dengan campur tangan negara Barat berjaya mencapai satu kata putus.
Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, perang dalam tempoh yang lama hanya akan memberi kesan ekonomi jangka panjang kepada Ukraine, Rusia dan negara-negara lain.
"Saya rasa kuncinya terletak pada Ukraine dan Rusia. Rundingan masih berterusan di mana pihak Barat juga berada di situ untuk berunding dengan Rusia dan China juga memainkan peranan aktif di sini. Jadi, kalau mereka berjaya mencapai kata putus, perang ini boleh ditamatkan lebih awal," katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.
Bagaimanapun, negara-negara lain termasuk Malaysia disaran mengkaji secara mendalam kesan jangka panjang dan pendek daripada krisis dua negara bergolak itu.
"Cuma negara-negara lain termasuk Malaysia perlu melakukan projection (unjuran) bagi melihat kesan jangka pendek dan panjang perang ini kerana ketika ini sudah masuk ke perang gerila dan perang di ibu kota.
"Ini memberi kesan kepada Ukraine dan memberi perang jangka masa panjang seperti mana kita tahu perang Afghanistan, Vietnam berlaku lebih dari sedekad. Jadi kita tidak mahu itu berlaku, kerana kesan ekonominya boleh beri kesan yang besar," ujarnya.
Tambahnya, peningkatan harga minyak ketika ini turut memberi kesan kepada negara pengimport minyak khususnya India dan China.
Selain itu, bekalan makanan terutama gandum turut terjejas susulan Ukraine dan Rusia adalah pengeluar utama bahan mentah itu.
"Jadi, apa sahaja makanan yang berasaskan gandum akan memberi kesan. Jadi saya rasa kita kena mengkaji impak ekonomi yang menyeluruh kepada dunia," ujar beliau.
Dalam pada itu, katanya, pertambahan pelarian dari Ukraine kini bakal menjadi masalah utama kepada negara Eropah yang paling banyak menerima kemasukan kumpulan itu.
Bagaimanapun, beliau yakin Eropah mampu menanganinya susulan penglibatan banyak negara bersempadan yang sanggup menerima pelarian berkenaan.
Topic Berkaitan
#krisis
#Rusia
#Ukraine
#Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani
#penganalisis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan