awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintis penubuhan Malay Film Productions, Run Run Shaw meninggal dunia

Haider Yutim
Haider Yutim
07/01/2014
05:48 MYT
Perintis penubuhan Malay Film Productions, Run Run Shaw meninggal dunia
Penerbit filem terkemuka Hong Kong, yang juga perintis penubuhan studio Malay Film Productions, Sir Run Run Shaw meninggal dunia pada usia 107 tahun hari ini.
Perkara itu diumumkan oleh Television Broadcast Limited (TVB) menerusi sebuah kenyataan akhbar pada Selasa.
Shaw dilaporkan meninggal di rumahnya pada jam 6.55 pagi tadi dengan ditemani oleh ahli keluarganya, namun kenyataan akhbar tersebut tidak menyatakan punca kematian tokoh perfileman tersebut.
Menurut kenyataan TVB, mendiang merupakan pengarah pengasas penerbitan itu pada 1967 dan telah berkhidmat sebagai Pengerusi Eksekutif selama 30 tahun.
"Dengan wawasan dan tenaganya, beliau telah menubuhkan syarikat ini untuk menjadi stesen televisyen utama di Hong Kong dan peneraju utama dalam industri televisyen berbahasa Cina," kata TVB.
Menurut TVB lagi, upacara pengkebumian Shaw juga akan diadakan secara tertutup, dan maklumat tentang majlis peringatan mendiang akan diberitahu nanti.
Shaw Brothers Studios telah menerbitkan kira-kira 1,000 filem aksi termasuk filem lakonan pelakon aksi kung fu terkenal, Bruce Lee.
Selain menghasilkan filem-filem popular di Hong Kong dan Asia, Shaw bersama abangnya Tan Sri Dr Runme Shaw juga telah bertindak sebagai perancang utama bagi penubuhan studio Malay Film Productions (MFP).
MFP telah yang bertanggungjawab menerbitkan filem-filem Melayu terawal di Singapura, di mana sejak penubuhannya sehingga 1967 telah menghasilkan sebanyak 159 buah filem.
Antara filem-filem awal terbitannya ialah Mutiara, Bermadu, Toping Saitan, Hanchor Hati, Ibu Tiri, Terang Bulan Di Malaya, Tiga Kekaseh, Mata Hantu dan Gagak Hitam.
Selain itu, Shaw Brothers dan MFP turut bertanggungjawab menghasilkan filem-filem arahan seniman tanahair terkenal, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee seperti Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Tiga Abdul, Anatara Dua Darjat dan Sarja Hassan.
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#malay film production
#meninggal
#mfp
#run run shaw
#shaw brothers
#TVB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan