awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Perogol Facebook' akhirnya dicekup

Sinar Harian
Sinar Harian
14/04/2023
08:18 MYT
'Perogol Facebook' akhirnya dicekup
Thabo Bester (tengah) diberkas di Tanzania. Gambar kecil: Nandipha Magudumanadi. - Foto Agensi
CAPE TOWN: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Itulah peribahasa tepat bagi menggambarkan nasib banduan Afrika Selatan, Thabo Bester yang ditangkap pihak berkuasa Tanzania selepas meloloskan diri semasa dalam tahanan pada Mei tahun lalu.
Bester yang digelar 'perogol Facebook' menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas disabit bersalah merogol dan membunuh seorang model pada 2012.
Lelaki itu turut disabit bersalah merogol dan merompak dua wanita selepas memperdaya mangsa di Facebook.
Dia melarikan diri dari penjara di Bloemfentein dengan cara memalsukan kematiannya.
Bester memperdaya pegawai penjara apabila pemeriksaan di selnya yang terbakar menemukan mayat rentung.
Pegawai penjara percaya mayat tersebut adalah Bester, namun tembelang lelaki itu terbongkar apabila keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bulan lalu mengesahkan jasad tersebut adalah banduan lain yang meninggal dunia akibat hentakan objek tumpul di kepala.
Bester melaksanakan rancangannya dengan bantuan 'orang dalam' dan insiden itu merupakan episod memalukan bagi perkhidmatan penjara Afrika Selatan.
Penahanan Bester bersama seorang wanita warga Mozambique, Nandipha Magudumanadi percayai kekasihnya disahkan Menteri Kehakiman Ronald Lamola.
Menurutnya, Bester dan Nandipha yang juga merupakan seorang doktor perubatan akan di ekstradisi ke Johannesburg dan ditempatkan di penjara kawalan maksimum di Kgosi Mampuru.
Nandipha kini menghadapi tuduhan bersubahat melindungi Bester, sementara bapanya berdepan tuduhan jenayah kerana bersekongkol memalsukan kematian perogol tersebut di dalam penjara.
Siasatan mendapati, sebelum 'mayat' Bester ditemui, lelaki itu meminta dipindahkan ke sel tunggal kerana bimbang dengan keselamatan dirinya.
Tidak lama selepas itu, pegawai penjara menemukan sel didiami Bester terbakar dan satu mayat rentung ditemui dipercayai penjeyah tersebut di bawah tilam. - Agensi via Sinar Harian
Topic Berkaitan
#perogol Facebook
#Thabo Bester
#Afrika Selatan
#bunuh model
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan