awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petteri Orpo dilantik perdana menteri baharu Finland

Bernama
Bernama
21/06/2023
07:48 MYT
Petteri Orpo dilantik perdana menteri baharu Finland
Orpo akan mengetuai gabungan sayap kanan yang terdiri daripada Parti Gabungan Kebangsaan, Parti Finns, Parti Rakyat Sweden dan Demokrat Kristian. - Gambar
ATHENS: Ketua Parti Gabungan Kebangsaan Finland, Petteri Orpo dilantik menjadi perdana menteri baharu negara itu selepas mendapat kelulusan Parlimen dan Presiden pada Selasa.
Orpo akan mengetuai gabungan sayap kanan yang terdiri daripada Parti Gabungan Kebangsaan, Parti Finns, Parti Rakyat Sweden dan Demokrat Kristian, lapor Agensi Anadolu, memetik penyiar tempatan YLE.
Anggota Kabinet terdiri daripada lapan ahli Parlimen dari Parti Gabungan Kebangsaan, tujuh dari Parti Finland dan empat dari Parti Rakyat Sweden dan Demokrat Kristian, mengadakan mesyuarat pertamanya pada Selasa.
Program-program yang dirancang kerajaan menunjukkan bahawa negara itu akan meneruskan dasar ekonomi berhaluan kanan dan polisi-polisi lain, dengan cadangan perubahan kepada undang-undang imigresen, menurut penyiar itu.
Orpo berkata bahawa kerajaan baharu akan melabur bagi meningkatkan sektor pendidikan, memerangi perubahan iklim dan keselamatan rakyatnya.
Dalam pilihan raya yang diadakan pada 2 April lalu, Parti Gabungan Kebangsaan memperoleh 20.8 peratus undi, diikuti rapat oleh Parti Finland dengan 20.1 peratus.
Parti Rakyat Sweden dan Demokrat Kristian, masing-masing memenangi 4.3 peratus dan 4.2 peratus undi.
-- AGENSI BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Finland
#perdana menteri baharu
#Petteri Orpo
#Kabinet Baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan