awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkuasa Bangladesh tembak mati 11 suspek militan Daish

Agensi
Agensi
08/10/2016
12:37 MYT
Pihak berkuasa Bangladesh tembak mati 11 suspek militan Daish
Keadaan di sebuah kafe di Dhaka yang diserang pada Julai lalu oleh pihak dipercayai ada kaitan dengan militan Daish. - Foto Reuters
Pasukan keselamatan Bangladesh menembak mati 11 anggota militan pada Sabtu yang bertanggungjawab atas serangan di sebuah kafe di Dhaka pada Julai hingga mengorbankan 22 orang, lapor Reuters.
Anggota bersebelas itu yang dipercayai dari kumpulan Jamaat-ul-Mujahideen Bangladesh (JMB), dibunuh dalam tiga serbuan lokasi persembunyian militan di pinggir Dhaka, kata Menteri Dalam Negeri Asaduzzaman Khan.
Tujuh militan dibunuh dalam salah satu serbuan selepas pihak polis menerima maklumat ia menjadi tempat persembunyian ketua unit JMB Dhaka dan orang bawahannya.
"Kami mendesak mereka untuk menyerahkan diri namun mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan kami, yang seterusnya membalas tembakan,” ujar Khan.
Militan Daish mengaku bertanggungjawab atas serangan pada 1 Julai lalu. Ia merupakan antara yang paling dahsyat berlaku di Bangladesh, yang sebelum ini banyak berdepan kes serangan melibatkan mangsa golongan liberal dan pengikut agama minoriti.
Pihak kerajaan selama ini menuding jari kepada kumpulan militan domestik namun serangan pada Julai tersebut dilihat terjadi dalam skala yang melibatkan rangkaian militan antarabangsa.
Polis setakat ini telah membunuh lebih daripada 36 suspek militan berkaitan serangan di kafe Dhaka, termasuk dalangnya Tamim Ahmed Chowdhury.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#daish
#militan
#serangan kafe Dhaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan