awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Jepun Ishiba suara kebimbangan tahap keselamatan ASEAN

Bernama
Bernama
11/10/2024
08:30 MYT
PM Jepun Ishiba suara kebimbangan tahap keselamatan ASEAN
Ishiba (kiri) menentang usaha unilateral bagi mengubah status quo melalui paksaan atau kekerasan di mana-mana bahagian dunia. - Gambar/ Bernama
VIENTIANE: Perdana Menteri baharu Jepun Shigeru Ishiba berhasrat untuk mengeratkan hubungan dengan negara-negara anggota ASEAN sambil menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan maritim China yang didakwa semakin agresif.
Kenyataan ini dibuat semasa pertemuan dengan negara-negara Asia Tenggara dan rakan serantau di Laos pada Khamis, lapor Agensi Berita Kyodo.
Semasa Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga di Vientiane yang melibatkan Jepun, China dan Korea Selatan, Ishiba menentang usaha unilateral bagi mengubah status quo melalui paksaan atau kekerasan di mana-mana bahagian dunia.
Beliau menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan yang semakin buruk di rantau ini, menurut Kementerian Luar Jepun.
Perdana Menteri itu turut memberi amaran terhadap perkembangan aktiviti nuklear dan peluru berpandu Korea Utara yang melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, serta menggesa tindak balas yang tegas daripada masyarakat antarabangsa bagi mencapai usaha pelucutan senjata nuklear.
Dalam lawatan pertamanya ke luar negara sejak memegang jawatan lebih seminggu lalu, Ishiba menegaskan kepentingan memperkukuh hubungan dengan ASEAN, sebuah rantau yang menjadi tumpuan persaingan antara Amerika Syarikat dan China.
Beliau turut memberi jaminan mengenai kesinambungan dasar diplomatik Jepun di bawah pemerintahannya.
Menyentuh mengenai "hubungan berasaskan kepercayaan" yang terjalin lebih setengah abad, Ishiba berkata bahawa "Jepun ingin membentuk dan melindungi masa depan bersama ASEAN, yang berkongsi prinsip seperti kebebasan, demokrasi dan kedaulatan undang-undang serta merupakan pusat pertumbuhan dunia".
Negara-negara anggota ASEAN turut menyatakan harapan bagi memperkukuh kerjasama dengan negara matahari terbit itu dalam bidang-bidang baharu seperti pengurangan karbon dan pendigitalan, menurut Kementerian Luar Jepun.
Sementara itu, Ishiba turut melahirkan kebimbangan terhadap "peningkatan kehadiran pasukan ketenteraan" di Laut China Selatan, ketika China mempunyai tuntutan bertindih dengan beberapa negara anggota ASEAN, termasuk Filipina yang semakin intensif.
Menurut Kementerian Luar Jepun, Ishiba menegaskan bahawa Tokyo akan terus berkomunikasi rapat dengan Beijing pada pelbagai peringkat bagi mencapai hubungan yang konstruktif dan stabil antara kedua-dua kuasa Asia Timur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#PM Jepun
#Shigeru Ishiba
#Laut China Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan