awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah tetapkan 6 Mei laporan bedah siasat, toksikologi Suri Narudin
PU Amin, PU Rahmat, Imam Asyraf bawa 30 kontena bantuan ke Rafah - 'Kami akan berkorban untukmu al-Aqsa'
Ardell, Haroqs, Heliza, Hazwani, ZRA kembali galas misi ke Gaza - 'Selamat pecahkan kepungan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Palestin letak jawatan, cadang langkah politik baharu

Sinar Harian
Sinar Harian
26/02/2024
11:38 MYT
PM Palestin letak jawatan, cadang langkah politik baharu
Mohammad Shtayyeh memaklumkan langkah politik baharu diperlukan berikutan realiti yang berubah di Genting Gaza. - Gambar fail
PERGOLAKAN politik di Tebing Barat yang ditadbir gerakan Fatah semakin jelas selepas Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh mengumumkan pengunduran kerajaan pimpinannya pada Isnin.
Beliau memaklumkan langkah politik baharu diperlukan berikutan realiti yang berubah di Genting Gaza.
“Saya sudah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Presiden Mahmoud Abbas,” katanya sambil menambah keputusan itu dibuat berdasarkan perkembangan konflik di Gaza dan peningkatan insiden keganasan di Tebing Barat serta Baitulmaqdis.
Menurutnya, perkara itu telah dimaklumkan pada minggu lalu sebelum surat bertulis dihantar secara rasmi, lapor AFP.
Keputusan mengejutkan itu dibuat selepas beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS) menggesa pembaharuan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang akan mengambil alih wilayah Palestin selepas perang Gaza berakhir.
“Fasa dan cabaran seterusnya akan digalas kerajaan baharu yang akan mengambil kira situasi terkini di Gaza,” ujarnya yang mencadangkan konsensus antara Palestin dan peluasan kuasa PA ke seluruh wilayah Palestin.
Sejak 2007, kepimpinan Palestin telah dibahagikan antara PA yang dipimpin Abbas yang mempunyai kuasa terhad di Tebing Barat dan Hamas yang mentadbir Genting Gaza. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#PM Palestin
#letak jawatan
#Mohammad Shtayyeh
#Mahmoud Abbas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan