awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru dua lelaki baling bom buatan sendiri berhampiran kediaman PM Thailand

Bernama
Bernama
11/04/2022
14:17 MYT
Polis buru dua lelaki baling bom buatan sendiri berhampiran kediaman PM Thailand
Insiden itu mengakibatkan letupan kecil, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. - Gambar hiasan
BANGKOK: Pihak polis sedang memburu dua lelaki yang melemparkan dua bom buatan sendiri dekat pintu masuk kediaman Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha di Bangkok pada malam Ahad.
Insiden itu mengakibatkan letupan kecil, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana dalam satu kenyataan berkata dua bom ping pong dilemparkan ke perkarangan pondok keselamatan di pintu masuk Rejimen Infantri Pertama di Jalan Vibhavi Rangsit, Bangkok.
Perdana menteri setakat ini belum memberikan sebarang komen dan arahan khusus berhubung kejadian itu.
"Rakaman CCTV menunjukkan dua lelaki menunggang motosikal menuju ke pintu pagar hadapan Rejimen Infantri 1 dan pembonceng bertindak melemparkan bom ping pong di depan pondok keselamatan," katanya.
Laporan polis telah dibuat susulan kejadian itu.
"Polis sedang mengenal pasti dan memburu pelakunya," katanya.
Perdana Menteri menggesa polis menyiasat insiden itu mengikut prosedur operasi standard, menurut Thanakorn.
Prayut akan terus menjalankan tugas di kediamannya ketika cuti panjang Songkran minggu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom buatan sendiri
#PM thailand
#Prayuth Chan o-cha
#Bangkok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan