awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan pemandu bas terbakar ragut 20 nyawa di India

Bernama
Bernama
26/10/2025
23:40 MYT
Polis tahan pemandu bas terbakar ragut 20 nyawa di India
Keadaan bas yang terbakar selepas berlanggar dengan motosikal di sebatang jalan di kampung Chinnatekuru, berhampiran daerah Kurnool, Andhra Pradesh, India, 24 Okt 2025. (Foto AP)
NEW DELHI: Pemandu bas dua tingkat jenis "sleeper" yang terbakar hingga meragut 20 nyawa dan mencederakan ramai lagi di negeri Andhra Pradesh, selatan India telah ditahan, lapor Xinhua.
Polis pada Ahad memaklumkan suspek didapati memperoleh lesen memandu kenderaan berat menggunakan dokumen palsu.
Siasatan mendapati pemandu itu, yang hanya berpendidikan sehingga Darjah 5, berjaya mendapatkan lesen memandu kenderaan berat menggunakan sijil palsu pendidikan menengah (Class 10).
Menurut peraturan pelesenan di India, seseorang yang ingin memandu kenderaan pengangkutan mesti sekurang-kurangnya berpendidikan hingga tahap menengah rendah (Class 8).
Bas yang membawa 42 penumpang itu terbakar pada awal pagi Jumaat selepas berlanggar dengan sebuah motosikal di jalan raya berhampiran kampung Chinna Tekur di daerah Kurnool, Andhra Pradesh.
Bas malang itu telah melanggar motosikal berkenaan, menyeretnya ke bawah kenderaan sebelum tangki minyak motosikal itu meletup dan menyebabkan kebakaran besar yang membakar keseluruhan bas.
Polis berkata dua individu yang menunggang motosikal berkenaan didapati berada di bawah pengaruh alkohol semasa kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas terbakar
#India
#polis tahan pemandu bas
#bas langgar motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan