awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Thai tahan rakyat Malaysia atas dakwaan ragut di Chiang Rai

Bernama
Bernama
07/09/2017
01:24 MYT
Polis Thai tahan rakyat Malaysia atas dakwaan ragut di Chiang Rai
Lelaki berusia 46 tahun itu tinggal melebihi tempoh kerana dia memasuki Thailand pada Mei tahun lepas melalui pusat pemeriksaan sempadan di Sadao. - Foto Bernama
Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 46 tahun berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika didapati bersalah, selepas ditangkap polis kerana meragut beg tangan daripada seorang pelancong New Zealand di Chiang Rai pada Selasa.
Menurut Lt Aphisit Injai dari Balai Polis Bandu, lelaki terbabit yang berasal dari Pulau Pinang itu ditahan pada kira-kira 9 pagi waktu tempatan semasa cuba melarikan diri selepas melakukan jenayah itu.
"Wanita New Zealand itu cedera ringan selepas terjatuh semasa cuba menghalang tindakan lelaki itu daripada meragut beg tangannya," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bagaimanapun, hukuman tujuh tahun penjara itu boleh dikurangkan separuh kepada tiga tahun setengah jika suspek itu mengaku akan perbuatannya di mahkamah, katanya.
Aphisit berkata lelaki itu mendakwa dia tiba di Chiang Rai enam hari lalu untuk mencari isterinya, seorang rakyat Thai, namun gagal sebelum kehabisan wang tunai dan melakukan jenayah itu untuk menampung perbelanjaannya.
Polis menemui kad pengenalan Malaysia pada lelaki itu dan bukan pasportnya kerana dia mendakwa telah membuangnya ketika di Sadao,
Aphisit juga mengesahkan lelaki rakyat Malaysia itu tinggal melebihi tempoh kerana dia memasuki Thailand pada Mei tahun lepas melalui pusat pemeriksaan sempadan di Sadao sebelum pergi ke Hatyai, Bangkok, Chiang Mai dan Chiang Rai.
Siasatan ke atas lelaki itu masih diteruskan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Mencuri
#New Zealand
#pelancong
#rakyat Malaysia
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan