awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Filipina label rasuah ‘musuh baharu kebebasan’, janji tindakan tegas

Bernama
Bernama
25/08/2025
03:10 MYT
Presiden Filipina label rasuah ‘musuh baharu kebebasan’, janji tindakan tegas
Penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa merupakan ancaman masa kini yang menjejaskan kesihatan, impian dan masa depan generasi Filipina akan datang, kata Marcos.
MANILA: Presiden Ferdinand R. Marcos Jr. pada Isnin menjadikan sambutan Hari Pahlawan sebagai seruan memerangi rasuah, dengan menyatakan, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa merupakan ancaman masa kini yang menjejaskan kesihatan, impian dan masa depan generasi Filipina akan datang.
"Mereka bukan sahaja mencuri wang, tetapi juga kesihatan, impian dan masa depan generasi Filipina akan datang," kata Marcos dalam ucapannya di Libingan ng mga Bayani.
Menurut Agensi Berita Filipina (PNA), Presiden berkata, menghormati pengorbanan wira negara menuntut rakyat berdepan cabaran dengan keberanian yang sama seperti yang pernah ditunjukkan para pejuang dahulu.
Beliau memberi amaran bahawa membenarkan rasuah berterusan merupakan satu pengkhianatan bukan sahaja kepada generasi lalu yang berjuang demi kemerdekaan, tetapi juga kepada generasi muda hari ini yang sedang mempertaruhkan masa depan mereka.
"Kita akan memastikan semua yang terbabit dalam penyelewengan dan rasuah untuk bertanggungjawab.
"Kita akan dedahkan kebenaran sepenuhnya. Dan kita akan pastikan bahawa penghinaan serta pengabaian terhadap rakyat tidak akan berulang lagi," tegas Marcos.
Beliau turut menggesa rakyatnya supaya tidak bertolak ansur dengan penipuan kecil, sambil memberi amaran bahawa pembohongan dan penyalahgunaan kuasa yang dibiarkan tanpa kawalan akan menghakis kehidupan masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#presiden filipina
#Ferdinand R Marcos Jr
#Rasuah
#musuh baharu kebebasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan