awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Indonesia Prabowo bertemu Megawati, bincang pelbagai isu termasuk tarif Trump

Astro Awani
Astro Awani
09/04/2025
09:38 MYT
Presiden Indonesia Prabowo bertemu Megawati, bincang pelbagai isu termasuk tarif Trump
Pertemuan antaranya melibatkan pertukaran pandangan mengenai masa depan Indonesia, di sebalik situasi ketidaktentuan global. - Foto Kompas/Parti Gerindra
KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengadakan pertemuan dengan bekas Presiden republik itu, Megawati Soekarnoputri pada malam Isnin.

Ringkasan AI
  • Prabowo Subianto mengadakan pertemuan dengan bekas Presiden Megawati Soekarnoputri untuk bertukar pandangan mengenai masa depan Indonesia di tengah situasi ketidaktentuan global.
  • Pertemuan selama 90 minit itu turut menyentuh isu tarif yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
  • Megawati berharap Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dapat memperkukuhkan pemerintahan demi kesejahteraan rakyat.

Memetik laporan Kompas.com, pertemuan selama 90 minit itu berlangsung di kediaman Megawati di Jalan Teuku Umar, Jakarta.
Pertemuan empat mata tersebut, antaranya melibatkan pertukaran pandangan mengenai masa depan Indonesia, di sebalik situasi ketidaktentuan global, ketika ini.
Selain itu, Setiausaha Agung Parti Gerindra, Ahmad Muzani dipetik sebagai berkata, Prabowo dan Megawati turut menyentuh isu tarif yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
“Megawati banyak berbicara mengenai pengalaman beliau sebagai Presiden dalam menghadapi cabaran besar, terutama dalam pemulihan ekonomi negara,” kata Ahmad Muzani
Dalam masa sama, Ahmad Muzani menambah, Megawati berharap Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dapat menjadi instrumen untuk memperkukuhkan pemerintahan, khususnya demi kesejahteraan rakyat.
Megawati, yang kini Ketua Umum PDI-P dianggap memiliki pengalaman dalam mengatasi krisis yang berlaku di Indonesia ketika di bawah pentadbirannya.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Prabowo Subianto
#Megawati Soekarnoputri
#terkini
#tarif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan