awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Maduro beri amaran kepada penentangnya

Bernama
Bernama
01/08/2017
14:09 MYT
Presiden Maduro beri amaran kepada penentangnya
Maduro (gambar) berjanji ANC bakal menentang golongan borjuis parasit dan menyelesaikan krisis ekonomi serta kebuntuan politik yang mencengkam negara sejak sekian lama. - Gambar fail
Presiden Venezuela, Nicolas Maduro memberi amaran tindakan akan diambil terhadap pihak yang menentang langkah kerajaan termasuk anggota parlimen, pejabat pendakwa raya, pemimpin pembangkang dan media swasta.
Beliau menyatakan demikian menerusi ucapan pertamanya selepas proses pengundian Dewan Perlembagaan Negara (ANC) yang berlangsung pada Ahad.
Berucap di hadapan penyokongnya, Maduro berkata, ANC baharu yang diusahakan kerajaan akan bermula dalam tempoh beberapa jam.
Beliau turut berjanji ANC bakal menentang golongan borjuis parasit dan menyelesaikan krisis ekonomi serta kebuntuan politik yang mencengkam negara sejak sekian lama.
Dalam ucapannya itu, Maduro turut mengkritik liputan media televisyen swasta mengenai perjalanan proses pengundian.
Menurut Majlis Pilihan Raya Kebangsaan lebih 8 juta orang keluar mengundi iaitu 41 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi.
Pembangkang menolak dan tidak mengiktiraf proses pengundian.
Pengundian dilakukan di tengah ketegangan yang wujud akibat bantahan anti-kerajaan dianjurkan pihak pembangkang sejak awal April.
Bantahan terus berlanjutan pada Ahad, menyebabkan sekurang-kurangnya 10 penduduk terbunuh dan ratusan lagi cedera.
ANC dicadangkan Maduro pada Mei, bagi menulis semula Perlembagaan 1999 bertujuan memecahkan kebuntuan politik yang dilihatnya melumpuhkan negara Amerika Selatan.
Bagaimanapun, pembangkang berpendapat usaha itu hanyalah alasan Maduro untuk mengukuhkan lagi kuasanya.
Semalam, Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap Maduro, selepas pemimpin negara itu meneruskan hasratnya mengadakan pilihan raya ANC.
Agensi berita China Xinhua melaporkan, sekatan terhadap Maduro sekaligus menunjukkan bantahan AS terhadap dasar rejimnya, kata Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin dalam satu kenyataan.
Menerusi kenyataan itu juga, AS memberi memberi amaran kepada sesiapa terlibat dalam ANC akan dikenakan tindakan sama.
Susulan sekatan, semua aset Maduro yang tertakluk di bawah bidang kuasa AS akan dibekukan dan rakyat AS dilarang sama sekali untuk menguruskannya.
Sebelum ini, negara di bawah pimpinan Presiden Donald Trump itu turut mengenakan sekatan terhadap 13 tokoh politik kerajaan Venezuela kerana terbabit dengan ANC.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Perlembagaan Negara
#Nicolas Maduro
#pengundian
#Venezuela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan