awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Ukraine Zelensky akan ketuai delegasi ke UNGA di New York

Bernama
Bernama
17/09/2025
21:30 MYT
Presiden Ukraine Zelensky akan ketuai delegasi ke UNGA di New York
Zelensky akan mengetuai delegasi negaranya ke sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA). - Gambar fail/ AP
ISTANBUL: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky akan mengetuai delegasi negaranya ke sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), kata jurucakap Kementerian Luar, Heorhii Tykhyi pada Rabu.
Debat Umum dijadualkan bermula pada 23 Sept dan akan berakhir pada 29 Sept.
Tykhyi berkata, penganjuran sidang kemuncak kelima Platform Crimea adalah antara elemen baharu mesyuarat UNGA tahun ini, menyifatkannya sebagai "sangat simbolik," lapor Anadolu Ajansi (AA) yang dipetik agensi berita RBC-Ukraine.
"Dengan kembalinya Crimea kepada Ukraine, bukan sahaja integriti wilayah akan dipulihkan, tetapi juga penghormatan terhadap Piagam PBB. Ini adalah pendirian kami," Tykhyi dipetik sebagai berkata semasa perbualan dengan wartawan.
Beliau berkata, perbincangan dua hala dan beberapa siri acara dirancang semasa lawatan itu.
Menteri Luar, Andrii Sybiha turut mengesahkan yang sidang kemuncak Platform Crimea yang akan datang akan berlangsung di New York pada 24 Sept.
Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio pada Selasa membayangkan kemungkinan pertemuan antara Zelensky dan Presiden AS, Donald Trump di New York.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNGA
#New York
#Volodymyr Zelensky
#platform crimea
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan