awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pupuk rasa 'muda', pejabat bina gelongsor untuk pekerja

Faida Rahim
Faida Rahim
23/10/2022
05:43 MYT
Pupuk rasa 'muda', pejabat bina gelongsor untuk pekerja
Qian Yi, individu yang bertanggungjawab di dalam projek gelongsor ini memaklumkan idea reka bentuk terhasil agar pekerja sentiasa kekal muda di hati dan menambahkan lagi keseronokan di pejabat. - Gambar/Twitter @HKPOTATO4
CHENGDU: Seiring peningkatan usia dan perlu menjalani tanggungjawab sebagai orang dewasa, kadangkalanya sukar untuk sesetengah daripada kita mengekalkan tenaga seperti zaman muda dahulu.
Sebuah pejabat di barat daya China bagaimanapun tampil dengan inisiatif luar biasa bagi para pekerja ‘mengenang’ zaman muda dengan mewujudkan sebuah gelongsor yang boleh digunakan selepas tamat waktu kerja.
Beijing Youth Daily melaporkan bangunan berusia 40 tahun terletak di pusat bandar Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan telah diubah suai dengan memiliki 11 buah gelongsor yang menghubungkan tingkat berasingan.
Qian Yi, individu yang bertanggungjawab di dalam projek gelongsor ini memaklumkan idea reka bentuk terhasil agar pekerja sentiasa kekal muda di hati dan menambahkan lagi keseronokan di pejabat.
Tambah Qian, reka bentuk juga telah mengubah bangunan itu menjadi lokasi tumpuan ramai mengambil foto.
Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada projek ini berjaya memandangkan ia masih dalam tempoh percubaan dan belum bersedia untuk digunakan.
Terdahulu, bangunan itu pada asalnya dibina pada 1982 dan telah berfungsi sebagai ruang pejabat untuk sebuah syarikat seni bina.
Sementara itu, Qian memaklumkan ada perancangan untuk memasang kusyen berhampiran dan sekitar gelongsor untuk menambah baik tahap keselamatan.
Pihak pengurusan juga meletakkan papan tanda amaran "dilarang memanjat" dan "menggelongsor dalam posisi duduk" di pintu masuk gelongsor.
Topic Berkaitan
#China
#gelongsor pejabat
#chengdu
#muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan