awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin mahu rundingan lanjut perjanjian pengurangan senjata strategik Rusia-AS

Astro Awani
Astro Awani
23/09/2020
00:29 MYT
Putin mahu rundingan lanjut perjanjian pengurangan senjata strategik Rusia-AS
Vladimir Putin berucap dalam rakaman video awal yang dimainkan pada sesi ke-75 UNGA di ibu pejabat PBB, New York, 22 Sept, 2020. (Foto AP)
PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin menggunakan pentas Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) untuk memperbaiki kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS).
Dalam perutusannya pada Selasa, Putin menyeru rundingan lanjut diadakan berhubung perjanjian pengurangan senjata strategik dengan negara Uncle Sam itu.
"Di sebalik segala pertikaian dan perbezaan, dan ada ketikanya timbul salah faham dan ketidakpercayaan dalam kalangan negara, kita sewajarnya secara konsisten mewujudkan inisiatif, pertama sekali, dalam aspek kawalan senjata dan memperkukuhkan perjanjian dalam bidang ini.
"Ini termasuk larangan senjata kimia, biologi dan beracun. Isu utama yang perlu ditangani adalah lanjutan perjanjian pengurangan senjata strategik Rusia-AS," katanya.
Pada masa sama, Putin turut menekankan mengenai kepentingan mewujudkan kerjasama multilateral bagi mengekang pandemik COVID-19.
Katanya, dunia memerlukan inovasi baharu untuk menyelesaikan masalah dan ia hanya boleh dicapai dengan kerjasama, yang merupakan aspek penting bagi negara anggota PBB dan G20.
Putin turut mendesak semua negara bersatu dan komited terhadap Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#COVID-19
#kawalan senjata
#kerjasama
#koronavirus
#multilateral
#pandemik
#PBB
#perhimpunan
#perjanjian
#rundingan
#Rusia
#undang-undang
#UNGA
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan