awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azar Azmi menangis terima wang RM40,000 dari Aliff Syukri
Trump ulang kritikan terhadap Paus Leo berhubung nuklear Iran
Booking.com sahkan kebocoran data, maklumat pelanggan diakses penggodam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin setuju henti serangan kemudahan tenaga Ukraine

Astro Awani
Astro Awani
19/03/2025
01:00 MYT
Putin setuju henti serangan kemudahan tenaga Ukraine
Putin mengarahkan tenteranya menghentikan serangan terhadap tapak tenaga selepas berbincang dengan Trump. - Foto fail/REUTERS
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin bersetuju untuk menghentikan serangan terhadap kemudahan tenaga Ukraine selama 30 hari.
Namun beliau menolak gencatan senjata penuh yang diharapkan oleh Presiden Donald Trump sebagai langkah awal ke arah keamanan.
Ukraine bersedia menerima perjanjian terhad ini, yang melarang kedua-dua negara menyerang infrastruktur tenaga masing-masing selama tempoh tersebut.
Namun pakar percaya Putin menggunakan taktik ini untuk mengelak sebarang konsesi besar sambil meneruskan kemaraan tenteranya di timur Ukraine.
White House menyatakan bahawa rundingan bagi pelan damai lebih luas akan dimulakan segera selepas perbualan panjang antara Trump dan Putin.
Bagaimapun, masih tidak jelas sama ada Ukraine akan terlibat dalam proses tersebut.
Menurut Kremlin, Putin mengarahkan tenteranya menghentikan serangan terhadap tapak tenaga selepas berbincang dengan Trump.
Namun beliau tetap bimbang bahawa gencatan senjata sementara akan memberi Ukraine peluang untuk memperkuatkan pertahanan dan mengumpul lebih banyak tentera.
Putin juga menegaskan bahawa sebarang penyelesaian konflik harus merangkumi penghentian bantuan ketenteraan dan risikan kepada Ukraine.
Ia menunjukkan sikap berhati-hatinya terhadap sebarang langkah yang mungkin melemahkan kedudukan Rusia dalam peperangan ini.
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#serangan
#kemudahan tenaga
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan