awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin tidak lemah selepas 15 bulan perang - Perkhidmatan Rahsia Jerman

Bernama
Bernama
23/05/2023
13:56 MYT
Putin tidak lemah selepas 15 bulan perang - Perkhidmatan Rahsia Jerman
Ketua perkhidmatan perisikan asing Jerman BND berkata, tiada kerapuhan dalam sistem Putin. - Gambar/AP
BERLIN: Tiada tanda yang menunjukkan Presiden Rusia Vladimir Putin semakin lemah, selepas lebih setahun pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik perkhidmatan rahsia Jerman.
Tiada kerapuhan dalam sistem Putin, kata Ketua Perkhidmatan Perisikan Asing Jerman BND, Bruno Kahl, di Akademi Persekutuan untuk Dasar Keselamatan (BAKS) di Berlin, pada Selasa.
Rusia masih dalam kedudukan untuk "melancarkan perang dalam jangka masa panjang" menerusi askar baharu yang direkrut, kata Kahl. Perkembangan itu juga terpakai untuk persenjataan dan peluru.
Ditanya bila BND mengetahui dengan lebih tepat Rusia akan menyerang Ukraine, Kahl berkata: "Kira-kira 14 hari sebelum perang bermula, kami mengesan fenomena yang tidak boleh ditafsirkan dengan cara lain."
Rusia melancarkan pencerobohan berskala penuh pada 24 Feb 2022.
Bagaimanapun, Kahl menolak kritikan bahawa perkhidmatan perisikan di Amerika Syarikat dan Britain menjangkakan serangan lebih awal daripada BND, dengan mengatakan perkhidmatan perisikan itu meramalkan kebarangkalian perang dengan kukuh berdasarkan pemerhatian mereka.
Sebaliknya, BND menekankan bahawa keputusan untuk menyerang akhirnya akan dibuat oleh Putin. Pemimpin Kremlin membuat keputusan itu bergantung kepada banyak perkara, "yang tidak terdiri daripada mengira peluru berpandu atau kereta kebal," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#Vladimir Putin
#tidak lemah
#perisikan Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan