awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FAM perlu hapus budaya tidak sihat - Wakil AFC
AMK gesa majikan laksana WFH bersasar tangani kos sara hidup
Astro Audio dekati masyarakat menerusi edaran bubur lambuk sempena Ramadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puting beliung di Oklahoma ragut 91 nyawa

Astro Awani
Astro Awani
21/05/2013
01:22 MYT
Puting beliung di Oklahoma ragut 91 nyawa
Puting beliung kuat dengan kelajuan sehingga 320 kilometer sejam di pinggir Oklahoma City, memusnahkan sekurang-kurangnya dua buah sekolah serta meranapkan beberapa blok kediaman di bandar itu. Angka kematian terbaru telah dikeluarkan namun jumlah kematian meningkat dengan pantas berikutan pasukan kecemasan masih memeriksa rumah yang musnah dan sekolah rendah yang rosak teruk di Moore, Oklahoma. Saksi seorang wartawan berkata dia melihat sendiri bagaimana sekumpulan murid "disedut keluar" dari sebuah sekolah di Moore, kawasan berpenduduk 55,000 orang di selatan ibu negeri Oklahoma. Sebuah lagi sekolah rendah di Briarwood turut dilanda puting beliung namun tiada sebarang kejadian meragut nyawa dilaporkan. Serentak dengan itu juga pasukan penyelamat Pengawal Negara telah dikerah untuk membantu usaha menyelamat. Puting beliung yang berlaku pada Isnin hampir sama seperti yang pernah berlaku pada Mei 1999 yang telah mengorbankan seramai 44 orang, mencederakan ratusan orang dan memusnahkan ribuan rumah. Bandar Oklahoma terletak di kawasan yang dipanggil "Lembah Puting beliung" bermula dari Selatan Dakota ke pusat bandar Texas yang terdedah kepada puting beliung. Pada Ahad, satu ribut kuat telah melanda Midwest Amerika Syarikat di Iowa, Kansas dan Oklahoma yang telah memusnahkan rumah dan meragut dua nyawa, lapor media AS. 16 daerah di Oklahoma kini dilaporkan dalam keadaan darurat berikutan ancaman puting beliung pada Ahad lalu, dan sebanyak lima lagi daerah ditambah pada Isnin selepas ribut susulan melanda kawasan tersebut.
Topic Berkaitan
#51
#kematian
#Oklahama
#puting beliung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan