awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FAM perlu hapus budaya tidak sihat - Wakil AFC
AMK gesa majikan laksana WFH bersasar tangani kos sara hidup
Astro Audio dekati masyarakat menerusi edaran bubur lambuk sempena Ramadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro Audio dekati masyarakat menerusi edaran bubur lambuk sempena Ramadan

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
16/03/2026
14:27 MYT
Astro Audio dekati masyarakat menerusi edaran bubur lambuk sempena Ramadan
Inisiatif itu turut mendapat penyertaan aktif daripada 13 stesen radio Astro Audio, melibatkan penyampai radio serta sukarelawan dalam kalangan warga kerja Astro Audio.
Astro Audio meneruskan komitmen mendekati masyarakat melalui penganjuran 'Kami Care Drive-Thru Bubur Lambuk', sebuah inisiatif tahunan yang menjadi antara program sinonim sepanjang bulan Ramadan.
Pengarah Astro Audio, Priya Dharshini Prabakaran berkata program tersebut bukan sekadar pengagihan juadah tradisi Ramadan, sebaliknya turut menjadi platform untuk memperkukuh nilai kebersamaan, ihsan dan tanggungjawab sosial dalam komuniti.
"Kami amat bersyukur dan berbesar hati kerana penganjuran 'Kami Care Drive-Thru Bubur Lambuk' pada tahun ini berjalan dengan lancar.
"Terima kasih diucapkan kepada pihak Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi atas kesudian menjadi tuan rumah serta menyediakan fasiliti dan ruang untuk kami melaksanakan program ini dalam keadaan tersusun dan selamat,” katanya.
Beliau berkata sambutan masyarakat terhadap program itu juga amat menggalakkan.
“Sebanyak 2,000 pek bubur lambuk telah berjaya diagihkan kepada penduduk sekitar Bandar Baru Bangi. Ini adalah bukti bahawa nilai kebersamaan dan semangat membantu sesama komuniti masih utuh, khususnya pada bulan Ramadan,” katanya lagi.
Dalam memastikan program itu berjalan lancar, ia turut mendapat penyertaan aktif daripada 13 stesen radio Astro Audio, melibatkan penyampai radio serta sukarelawan dalam kalangan warga kerja Astro Audio.
“Tenaga dan komitmen para penyampai serta petugas Astro Audio sangat mengagumkan. Mereka bukan sahaja hadir untuk menyantuni penerima malah berperanan mengukuhkan hubungan dengan para pendengar yang selama ini setia bersama stesen radio pilihan mereka,” ujar Priya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada YEOS selaku penaja utama yang menyokong inisiatif berkenaan.
“Kehadiran mereka yang turut sama mengagihkan rangkaian minuman popular seperti Soya Bean dan Lemon Tea telah menambah keceriaan kepada para penerima,” katanya.
Beliau menambah, Astro Audio berhasrat meneruskan penganjuran program komuniti seumpama itu pada masa hadapan susulan sambutan menggalakkan yang diterima tahun ini.
Topic Berkaitan
#Ramadan
#Astro
#Astro Audio
#Priya Darshini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan