awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FAM perlu hapus budaya tidak sihat - Wakil AFC
AMK gesa majikan laksana WFH bersasar tangani kos sara hidup
Astro Audio dekati masyarakat menerusi edaran bubur lambuk sempena Ramadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AMK gesa majikan laksana WFH bersasar tangani kos sara hidup

Pia Ernadya
Pia Ernadya
16/03/2026
14:42 MYT
AMK gesa majikan laksana WFH bersasar tangani kos sara hidup
Muhammad Kamil menyifatkan hujah MEF sebagai regresif dan tidak berpijak pada realiti semasa.- Foto PKR

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa majikan swasta melaksanakan dasar kerja dari rumah (WFH) secara bersasar, khususnya bagi tugasan yang tidak memerlukan kehadiran fizikal secara konsisten.

Gesaan itu disuarakan Ketua AMK Muhammad Kamil Abdul Munim susulan kenyataan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang mendakwa dasar WFH tidak sesuai dalam konteks tenaga kerja Malaysia.

Selain pelaksanaan WFH secara bersasar, Muhammad Kamil turut menggesa majikan mengutamakan kebajikan pekerja dengan menyediakan fleksibiliti kerja bagi membantu mereka mengurus kos sara hidup, khususnya di kawasan bandar.

“Mesti ditegaskan bahawa kelangsungan ekonomi negara adalah tanggungjawab kolektif setiap segmen dan lapisan masyarakat.

“AMK akan terus teguh mendukung langkah proaktif kerajaan untuk memastikan Malaysia kekal berdaya tahan dalam mendepani apa jua cabaran global,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, MEF berpendapat cadangan memperluaskan amalan WFH tidak wajar dilaksanakan secara menyeluruh kerana kesesuaiannya berbeza mengikut sektor industri.

Presidennya, Syed Hussain Syed Husman berkata, kebanyakan industri seperti pembuatan, perkilangan, logistik, peruncitan dan perkhidmatan fizikal memerlukan kehadiran pekerja di tempat kerja dan tidak boleh beroperasi sepenuhnya secara jarak jauh.

Bagaimanapun, Muhammad Kamil menyifatkan hujah tersebut sebagai regresif dan tidak berpijak pada realiti semasa.

“Pengalaman ketika fasa pemulihan COVID-19 membuktikan fleksibiliti di tempat kerja bukan penghalang, sebaliknya pemangkin kepada produktiviti.

“Melalui model kerja fleksibel, kita mampu mencapai keseimbangan kerja-kehidupan yang lebih baik sambil mengurangkan kos operasi (OPEX) syarikat dan beban perbelanjaan harian rakyat, terutamanya kos petrol dan pengangkutan,” katanya.

Topic Berkaitan
#WFH
#Muhammad Kamil Abdul Munim
#MEF
#krisis geopolitik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan