awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakaman dron kesan gempa bumi di Taiwan

Faida Rahim
Faida Rahim
20/09/2022
04:30 MYT
Rakaman dron kesan gempa bumi di Taiwan
Jambatan Gaoliao di Daerah Hualien runtuh manakala beberapa bangunan turut rosak malah menyebabkan gerabak kereta api tergelincir. - Foto REUTERS
TAIPEI: Visual memaparkan keadaan di tenggara Taiwan yang mengalami kerosakan teruk selepas gempa bumi berukuran 6.9 magnitud melanda dirakam menggunakan dron.
Menerusi visual itu, kelihatan Jambatan Gaoliao di Daerah Hualien runtuh manakala beberapa bangunan turut rosak malah menyebabkan gerabak kereta api tergelincir.
Memetik laporan RTE, Jabatan bomba Taiwan memaklumkan seorang maut manakala 146 cedera akibat gempa yang berlaku semalam.
BACA: Gempa bumi kuat landa Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan
Sementara itu, Biro kaji cuaca Taiwan memaklumkan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian gempa bumi di utara bandar Taitung yang berlaku pada hari sebelumnya.
Drone footage shows a collapsed bridge damaged in a 6.8 earthquake that hit southeastern Taiwan yesterday. Several buildings were also damaged and train carriages were derailed | https://t.co/IYjiw5gfyz pic.twitter.com/FyvYmzq6xc
— RTÉ News (@rtenews) September 19, 2022
Dalam masa sama, Presiden Taiwan Tsai Ing-wen menerusi entri di Facebook menggesa orang ramai berwaspada terhadap gegaran susulan yang boleh dirasai di kepulauan itu.
Ahad lalu, gempa bumi paling kuat melanda bandar Yuli sehingga meruntuhkan jalan raya dan rumah rumah di kawasan berkenaan.
Taiwan kerap dilanda gempa bumi dan kebanyakannya menyebabkan kerosakan dan pulau itu memiliki sejarah bencana yang menyebabkan kes maut.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Taiwan
#Facebook
#Tsai Ing-Wen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan