awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis Konvokesyen CeIO dihadiri Azam Baki dikawal ketat
PM Anwar mahu sepak takraw diperluas penyertaan, dimartabat sebagai sukan warisan
Stesen minyak kehabisan stok kes terpencil, bekalan negara mencukupi – Anthony Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Sri Lanka dinasihat jangan salah guna pas lawatan sosial untuk bekerja di Malaysia

Bernama
Bernama
05/08/2022
11:07 MYT
Rakyat Sri Lanka dinasihat jangan salah guna pas lawatan sosial untuk bekerja di Malaysia
Pihak berkuasa Malaysia menghantar pulang kira-kira 20 warga Sri Lanka setiap minggu selepas menolak kemasukan mereka kerana tidak menggunakan dokumen yang sah. - Gambar hiasan/Astro AWANI
NEW DELHI: Kerajaan Sri Lanka menasihati rakyatnya supaya tidak mencari pekerjaan secara haram di Malaysia dengan menggunakan pas lawatan sosial.
Pihak berkuasa Malaysia menghantar pulang kira-kira 20 warga Sri Lanka setiap minggu selepas menolak kemasukan mereka kerana tidak menggunakan dokumen yang sah, menurut Kementerian Pertahanan Sri Lanka.
"Pasukan Petugas Anti Pemerdagangan Orang Nasional telah dimaklumkan bahawa semakin ramai rakyat Sri Lanka yang tiba di Malaysia dengan visa lawatan kerana mempercayai visa itu boleh ditukar kepada visa bekerja.
"Ramai warga yang berjaya masuk ke Malaysia dengan visa lawatan kemudiannya mendapati mereka ditipu oleh "ejen pekerjaan"," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut kementerian semua bakal migran perlu menggunakan saluran yang sah dan mendaftar dengan Biro Pekerjaan Asing Sri Lanka (SLBFE) sebelum meninggalkan negara.
Kegawatan ekonomi dan politik Sri Lanka yang belum pernah berlaku sebelum ini telah mengakibatkan pengangguran yang besar, inflasi tinggi dan kekurangan barangan keperluan dan tenaga yang meruncing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#Visa
#bekerja secara haram
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan