awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramai gagal melihat umat Islam sebagai mangsa - Permaisuri Rania

Agensi
Agensi
28/10/2017
15:44 MYT
Ramai gagal melihat umat Islam sebagai mangsa - Permaisuri Rania
Permaisuri Rania sewaktu melawat sebuah kem pelarian di Cox's Bazar, Bangladesh minggu lalu. -AP Photo/Dar Yasin
PERMAISURI Jordan, Rania Al Abdullah melahirkan rasa sedihnya dengan sikap masyarakat antarabangsa terhadap kesengsaraan yang dialami ratusan ribu penduduk etnik Islam Rohingya terutamanya selepas melawat sebuah kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh minggu lalu.
Dalam wawancara bersama agensi antarabangsa, CNN, Permaisuri Rania berkata adakah masyarakat dunia gagal melihat etnik Islam Rohingya sebagai mangsa kekejaman dan penindasan, apatah lagi membutakan mata terhadap pembersihan etnik secara sistematik berdekad-dekad lamanya.
“Kekejaman ini bukan baharu berlaku, ia telah diatur secara sistematik sejak berdekad-dekad lamanya ... sudah menjadi stereotaip negatif hanya kerana ia berlaku kepada masyarakat Islam, ia tidak dipandang.
“Ramai pihak di seluruh dunia tidak melihat umat Islam sebagai mangsa dalam situasi ini dan sebaliknya berlaku jika umat Islam yang berada di pihak satu lagi,” katanya kepada hos Christiane Amanpour.
Kata Permaisuri Rania lagi, beliau sedih apabila melihat keadaan di kem pelarian terbabit dan mendengar sendiri luahan pelarian yang antara lain menceritakan pengalaman mereka cuba melarikan diri dari kampung halaman selain keadaan sedih kanak-kanak yang terabai.
Lebih memilukan apabila beliau melihat sikap pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi yang juga pemenang Hadiah Nobel antarabangsa yang gagal mengecam malah berdiam diri dalam isu itu.
Justeru, katanya, sudah tiba masa untuk masyarakat antarabangsa campur tangan.
Sejak 25 Ogos lalu, lebih 600,000 Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh di tengah-tengah bantahan dunia untuk menamatkan keganasan itu.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menganggap tindakan Myanmar itu sebagai satu tindakan penghapusan etnik.
PBB berkata kira-kira 800,000 orang Islam Rohingya kini tinggal di penempatan sementara dengan hampir 60 peratus daripada mereka adalah kanak-kanak hingga remaja berusia 17 tahun.
Topic Berkaitan
#Aung San Suu Kyi
#Jordan
#Kanak-kanak
#keganasan
#Myanmar
#PBB
#pelarian
#Queen Rania
#Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan