awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratusan pekerja Twitter letak jawatan

Bernama
Bernama
18/11/2022
07:13 MYT
Ratusan pekerja Twitter letak jawatan
Beratus-ratus pekerja Twitter dilaporkan telah meletak jawatan pada Khamis. - Gambar fail REUTERS
HOUSTON (Amerika Syarikat): Beratus-ratus pekerja Twitter dilaporkan telah meletak jawatan pada Khamis.
Hal itu berlaku menjelang tarikh akhir pelaksanaan perubahan ketara dengan menambah jumlah masa bekerja seperti yang diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat media sosial itu, Elon Musk sebelum ini.
"... selepas 12 tahun, saya telah meninggalkan Twitter," tulis Satanjeev Banerjee di Twitter, lapor Agensi Anadolu.
Musk sebelum ini dilaporkan akan memberhentikan 7,500 kakitangan Twitter hanya dua minggu lalu selepas mengambil alih syarikat itu yang menyaksikan ramai pekerja mula meletak jawatan.
Twitter mempunyai kira-kira 2,900 pekerja sebelum Musk menghantar e-mel pada Rabu menuntut etika kerja diperbaiki kepada mereka yang mahu kekal dengan platform itu.
Pekerja yang memutuskan untuk meninggalkan Twitter telah dimaklumkan bakal menerima pampasan sekurang-kurangnya tiga bulan gaji.
"Twitter telah pun mula merekrut jurutera luar untuk melihat sama ada mereka mahu menyertai "Twitter 2.0 - sebuah syarikat Elon," menurut The Verge. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Twitter
#Elon Musk
#pekerja Twitter letak jawatan
#Twitter 2 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan